• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Prestasi Pasaran Serantau Turut Lemah Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Nov  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rengah pada sesi awal dagangan Jumaat selepas tekanan jualan mempengaruhi indeks utama.

Seorang peniaga berkata dagangan hari ini juga selari dengan prestasi pasaran serantau yang lemah apabila sentimen pasaran terus menyusut berikutan komen terkini pengerusi Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Jerome Powell bahawa lebih banyak langkah mungkin diperlukan untuk mencapai tahap inflasi yang disasarkan.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.60 mata kepada 1,450.67 daripada penutup semalam pada 1,452.27. Indeks dibuka 1.71 mata lebih rendah pada 1,450.56.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 240 berbalas 128, manakala 276 kaunter tidak berubah, 1,730 tidak diniagakan dan 20 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 508.84 juta unit bernilai RM120.89 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, berikutan komen pengerusi Rizab Persekutuan yang lebih cenderung kepada menaikkan kadar faedah, Wall Street mengakhiri sesi dagangan agak lemah.

Ia menjangkakan beberapa minat jualan akan melimpah ke bursa saham tempatan, justeru, kenaikan harga mungkin terhad untuk FBM KLCI dalam tempoh terdekat.

“Bagaimanapun, kami percaya peniaga boleh mengalihkan perhatian mereka kepada musim pelaporan yang sedang berjalan dan mencari peluang dalam saham dengan prospek pertumbuhan yang lebih baik,” kata firma pembrokeran itu dalam nota penyelidikannya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank, Public Bank dan Tenaga Nasional susut satu sen setiap satu untuk mencatatkan harga RM9.11, RM4.20 dan RM9.89, manakala CIMB turun  empat sen kepada RM5.74 dan Petronas Chemicals menambah dua sen kepada RM7.22.

Bagi saham aktif, Hong Seng meraih setengah sen kepada 5.0 sen, Vestland peroleh 2.5 sen menjadi 37.5 sen manakala SMTrack tidak berubah pada 5.0 sen. Reneuco pula lemah satu sen menjadi 19 sen dan Zen Tech merosot setengah sen kepada 2.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 17.11 mata kepada 10,725.92, Indeks FBMT 100 turun 16.70 mata kepada 10,387.87 dan Indeks FBM Emas Syariah kehilangan 11.47 mata kepada 10,934.41.

Indeks FBM 70 susut 45.77 mata menjadi 14,186.72 dan Indeks ACE FBM berkurangan 12.65 mata kepada 5,146.58.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.04 mata kepada 173.08, Indeks Perladangan merosot 2.23 mata kepada 6,921.16, Indeks Tenaga menguncup 2.37 mata untuk mencatatkan paras 859.16 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan kerugian 24.72 mata kepada 16,340.79.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In