• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Swift Haulage Rekod Keuntungan Bersih RM28.39 Juta

in Catalyst
A A
Swift Haulage Meterai Perjanjian Pengunderaitan Dengan Empat Pihak Bagi IPO
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Nov (Bernama) — Keuntungan bersih Swift Haulage Bhd bagi suku ketiga berakhir 30 Sept 2023, meningkat kepada RM28.39 juta berbanding catatan RM11.72 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Pendapatan menokok kepada RM168.04 juta daripada RM159.25 juta, kata penyedia perkhidmatan pengangkutan dan logistik bersepadu terbesar Malaysia itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pendapatan yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh keuntungan yang dijana daripada lonjakan kapasiti armada untuk pengangkutan darat termasuk hasil yang lebih baik daripada segmen perniagaan pergudangannya, selepas menyaksikan tiga gudang baharu firma itu disiapkan pada tahun kewangan 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Loo Yong Hui berkata kelembapan berterusan dalam ekonomi yang lebih luas terus merendahkan prestasi keseluruhan kumpulan di samping kos kewangan yang lebih tinggi serta tambahan overhed akibat pengembangan.

“Kami menjangkakan permintaan untuk pergudangan akan kekal kukuh. Kami berhasrat memanfaatkan ini kerana kami secara agresif sedang mengembangkan jejak serta kapasiti pergudangan kami. Dalam tempoh terdekat, gudang baharu kami di Pulau Indah akan menambah 260,000 kaki persegi dan menjadikan jumlah kapasiti pergudangan kami melebihi 1.5 juta kaki persegi.

“Prestasi keseluruhan kami akan terus menjejaki keseluruhan aktiviti ekonomi sementara pengembangan kumpulan penggerak utama kami bagi bahagian pengangkutan darat serta peningkatan kapasiti jejak gudang kami dijangka menjadi pemacu utama pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Keuntungan bersih kumpulan untuk sembilan bulan yang berakhir pada 30 Sept, 2023, naik kepada RM48.25 juta daripada RM39.22 juta sementara pendapatan meningkat kepada RM497.90 juta berbanding RM479.67 juta sebelum ini.

Keuntungan bersih yang lebih tinggi adalah disebabkan oleh pendapatan lain yang lebih tinggi yang diperoleh melalui pengambilalihan 17.5 peratus kepentingan dalam Global Vision Logistics Sdn Bhd tetapi diimbangi oleh beban kos kewangan, skim opsyen saham pekerja, manfaat pekerja dan perbelanjaan overhed daripada pengembangan perniagaan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKeputusanSwift Haulage
Share290ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In