• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Positif Pacu Bursa Malaysia Dibuka Lebih Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih tinggi, didorong oleh beberapa perkembangan positif, termasuk prestasi semalaman Wall Street.

Pada 9.07 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 7.93 mata kepada 1,447.70 daripada 1,439.77 pada akhir urus niaga Khamis.

Indeks penanda aras itu dibuka menambah 6.95 mata pada 1,446.72. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pasaran secara meluas adalah positif dengan kaunter untung mendahului rugi iaitu 231 berbanding 92 manakala 222 kaunter tidak berubah, sebanyak 1,806 tidak diniagakan dan 22 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 250.38 juta unit bernilai RM83.67 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street menyaksikan ketiga-tiga indeks utamanya melonjak ketika peniaga menjangkakan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) mungkin ‘berehat’ daripada melakukan sebarang kenaikan kadar faedah bagi tahun ini.

Indeks Purata Perindustrian Dow Jones melonjak 564 mata manakala Nasdaq naik 233 mata apabila hasil 10 tahun AS susut ke paras terendah dalam tempoh hampir sebulan pada 4.66 peratus.

Di Hong Kong, Indeks Hang Seng naik 129 mata apabila sentimen bertukar positif selepas Pihak Berkuasa Kewangan Hong Kong (HKMA) mengekalkan kadar asas ketika Fed tidak melakukan sebarang kenaikan yang menandakan kemungkinan kitaran kenaikan itu dihentikan setakat ini.

Di peringkat tempatan, indeks penanda aras FBM KLCI ditutup lebih tinggi seiring dengan petunjuk daripada prestasi serantau yang meningkat.

Thong berkata, seperti dijangkakan Bank Negara Malaysia mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus yang menjadi berita baik bagi semua.

“Kami percaya beberapa berita positif ini akan menyokong bursa tempatan untuk menyaksikan kehadiran pembeli, sekali gus menjangkakan indeks penanda aras bergerak dalam julat 1,440-1,450 hari ini.

“Sekali lagi kami menasihati pelabur untuk terus kekal memegang saham perbankan dan menjangkakan sektor kewangan mencatat pertumbuhan pendapatan baik bagi tahun ini,” katanya.

Saham wajaran tinggi di Bursa Malaysia menyaksikan Press Metal Aluminium naik enam sen kepada RM4.90, MISC menokok 11 sen kepada RM7.32, CelcomDigi meraih empat sen kepada RM4.29, IHH Healthcare menambah lima sen kepada RM6.03 dan Petronas Gas meningkat 20 sen kepada RM17.30. 

Bagi saham aktif, MLabs, Kinergy Advancement (KAB) dan KNM masing-masing tidak berubah pada satu sen, 33 sen dan 9.5 sen; SMTrack meraih setengah sen kepada 5.5 sen; Tanco turun setengah sen kepada 57 sen dan JCY International menambah 1.5 sen kepada 22 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas naik 48.52 mata kepada 10,680.57; Indeks FBMT 100 meraih 48.53 mata kepada 10,353.63 dan Indeks FBM Emas Shariah melonjak 53.79 mata kepada 10,878.53.

Indeks FBM 70 meningkat 30.35 mata kepada 14,083.51 manakala Indeks FBM ACE naik 10.56 mata kepada 5,034.54.

Bagi sektor pula, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 55.00 mata kepada 171.20; Indeks Perladangan menokok 22.62 mata kepada 6,930.52; Indeks Tenaga naik 0.79 mata kepada 871.60 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 68.27 mata pada 16,303.78.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFBM KLCIThong Pak LengWall Street
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In