• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Reservoir Link Sasar Pelbagaikan Perniagaan, Lonjak Asas Pendapatan

in Catalyst
A A
Unit Reservoir Link Peroleh Pesanan Pembelian Sistem Panel Solar Bernilai RM11.4 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 1 Nov (Bernama) — Reservoir Link Energy Bhd merancang untuk berkembang melangkaui perniagaan tenaga solar dan menceburi segmen tenaga boleh baharu (TBB) lain, termasuk tenaga hidro, biojisim, biogas dan geoterma.

Pengerusi Bukan Bebas dan Bukan Eksekutif Reservoir Link, Datuk Tai Lee berkata ini termasuk usaha kumpulan yang menceburi sektor tenaga hidro rawatan air buangan di Indonesia.

“Usaha menerusi anak syarikat kami, RL Hydro Assets Sdn Bhd, menyaksikan kami memperoleh 90 peratus kepentingan ekuiti dalam PT Eco Power Engineering, seiring dengan model pemilikan aset kami untuk kemampanan dividen jangka panjang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pengambilalihan itu tidak hanya mengukuhkan lagi kedudukan kami dalam sektor tenaga lestari, tetapi turut menjanjikan pendapatan menguntungkan secara berulang menerusi loji tenaga hidro berkapasiti 12 megawatt (MW),” katanya dalam laporan tahunan 2023 kumpulan itu.

Menurut Tai, anak syarikat dengan pegangan 85 peratus kumpulan itu, PT EnviroTech Akva Indonesia memperoleh perjanjian selama 10 tahun dengan PT Unilever Oleochemical Indonesia untuk membina serta mengendalikan loji rawatan air sisa.

“Usaha sama ini tidak hanya meningkatkan keupayaan dari segi utiliti mampan tetapi turut menawarkan pendapatan stabil dan berulang, memberi ketampakan lebih jelas bagi aspek pendapatan kumpulan di masa depan.

“Langkah strategik dalam tenaga hidro dan rawatan air buangan ini bukan hanya setakat mempelbagaikan perniagaan, tetapi menjadi batu loncatan ke arah masa depan lebih mampan dan menguntungkan,” katanya.

Menurutnya, menerusi tumpuan terhadap teknologi mesra alam dan kaedah rawatan sisa secara cekap, kumpulan itu juga menyasarkan untuk menetapkan penanda aras atau standard industri yang baharu.

Bagi tempoh tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, perolehan kumpulan meningkat 72 peratus kepada RM193.3 juta berbanding RM112.4 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

— BERNAMA

Tags: loji tenaga hidroPT EnviroTech Akva IndonesiaReservoir Linktenaga solar
Share224ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In