• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, November 1, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Suku Ketiga Lebih Tinggi Kepada RM60.41 Juta

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Ditutup Jumaat Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM60.41 juta bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023 (S3 2023) daripada RM50.13 juta setahun lalu, disumbangkan oleh segmen perniagaan sekuriti dan data.

Hasil meningkat kepada RM158.71 juta daripada RM140.36 juta sebelumnya, katanya dalam satu makluman kepada bursa saham.

Ia berkata Pasaran Sekuriti merekodkan keuntungan RM82.6 juta pada S3 2023, meningkat 24.4 peratus berbanding RM66.4 juta pada suku yang sama tahun lepas terutamanya disebabkan oleh hasil operasi yang lebih tinggi sebanyak RM104.0 juta.

Pasaran Derivatif pula mencatatkan keuntungan sebanyak RM10.5 juta pada S3 2023, menurun sebanyak 29.2 peratus daripada RM14.8 juta pada S3 2022 diheret oleh hasil operasi yang rendah dan perbelanjaan operasi yang lebih tinggi.

Bagi segmen Pasaran Islam, ia susut kepada RM1.8 juta daripada RM2.0 juta sebelum ini disebabkan kemerosotan dalam hasil operasi daripada dagangan Bursa Suq Al-Sila yang lebih rendah manakala Bursa Malaysia Bhd mencatatkan kerugian yang lebih tinggi sebanyak RM2.7 juta terutamanya disebabkan oleh perbelanjaan susut nilai yang ditanggung tetapi telah diimbangi sebahagiannya oleh pendapatan faedah/keuntungan yang lebih tinggi yang diperoleh pada S3 2023.

Sementara itu, keuntungan segmen Perniagaan Data meningkat 25.1 peratus kepada RM16 juta daripada RM12.8 juta sebelumnya, manakala segmen lain yang terdiri daripada perniagaan bon, pertukaran luar pesisir dan pasaran karbon, menyaksikan kerugian segmen yang lebih tinggi sebanyak RM1 juta pada S3 2023 terutamanya disebabkan kos kakitangan yang lebih tinggi.

Bagi tempoh sembilan bulan pertama berakhir 30 Sept, 2023, Bursa Malaysia melaporkan keuntungan selepas cukai, zakat dan faedah minoriti sebanyak RM192.8 juta, meningkat 8.6 peratus daripada RM177.6 juta yang dicatatkan bagi tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh tersebut meningkat sedikit kepada RM459.80 juta berbanding RM457.54 juta sebelumnya.

Melangkah ke hadapan, Bursa Malaysia menjangkakan aktiviti dagangan dalam Pasaran Sekuriti akan dipengaruhi oleh pelbagai perkembangan tempatan dan global yang berterusan, termasuk peralihan dasar monetari dalam ekonomi maju, kadar dasar semalaman Bank Negara Malaysia, aliran dana asing, prestasi ringgit dan hasil pendapatan korporat.

“Rangka kerja dasar Ekonomi MADANI, yang akan menjadi pemangkin kepada dasar khusus seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12, dijangka merangsang aktiviti dalam Pasaran Sekuriti ,” katanya.

Dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia, Datuk Muhamad Umar Swift berkata bursa itu dijangka memenuhi sebahagian besar daripada petunjuk prestasi utama (KPI) untuk tahun kewangan semasa.

“Bursa Malaysia akan terus memupuk ekosistem pasaran modal yang cergas dan mampan, dengan tumpuan untuk mempelbagaikan pengumpulan dana dan peluang perdagangan bagi pemegang kepentingan kami yang dihargai. Ini memerlukan peluasan dalam penawaran produk dan perkhidmatan kami di masa depan, seperti pengkomersialan penyelesaian pengumpulan dana hutang baharu untuk perusahaan kecil dan sederhana serta pelancaran Bursa Dinar Emas,” katanya.

Bursa Malaysia berkata ia telah menandatangani memorandum kerjasama dengan TNG Digital Sdn Bhd dan Affin Hwang Investment Bank Bhd untuk membangunkan ciri baharu yang membolehkan pelabur menyertai pasaran ekuiti melalui platform digital Touch ‘n Go sebagai sebahagian daripada usaha berterusannya untuk mendemokrasikan pelaburan ekuiti dan menggalakkan keterangkuman kewangan.

“Aktiviti dagangan dan lindung nilai Pasaran Derivatif akan terus dipengaruhi oleh turun naik harga komoditi asas dan FTSE Bursa Malaysia KLCI.

“Namun begitu, bursa komited untuk meningkatkan ekosistem melalui inisiatifnya seperti Program Perantisan Dagangan Niaga Hadapan untuk mengembangkan kumpulan peniaga derivatif yang mahir,” katanya.

Bagi Pasaran Islam, ia akan terus menumpukan kepada pembangunan produk dan penyelesaian patuh Syariah baharu dan inovatif yang lebih sejajar dengan alam sekitar, sosial dan tadbir urus korporat seperti produk tersenarai bercirikan wakaf dan Bursa Dinar Emas.

— BERNAMA 

Tags: Bursa Dinar EmasBursa MalaysiaMuhamad Umar Swiftsekuriti
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In