• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Prestasi Wall Street Tidak Menentu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 30 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit di tengah-tengah sentimen berhati-hati berikutan prestasi tidak menentu di Wall Street, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.60 mata kepada 1,441.30 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.90.

Indeks penanda aras dibuka 1.86 mata lebih rendah pada 1,440.40.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 177 berbanding 97 manakala 249 kaunter tidak berubah, 1,869 tidak diniagakan dan 76 digantung.

Jumlah dagangan 152.46 juta unit bernilai RM46.66 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street terus merosot apabila peniaga sebahagian besarnya tidak mengendahkan keputusan kewangan korporat baru-baru.

Purata Perindustrian Dow Jones (DJIA) kerugian 367 mata (1.1 peratus) tetapi Nasdaq  menambah 47 mata (0.4 peratus), disokong terutamanya oleh Amazon manakala hasil 10 tahun AS kekal tinggi  pada 4.845 peratus.

“Sementara itu, kami percaya aktiviti dagangan di bursa tempatan mungkin lengang menjelang musim pelaporan keputusan kewangan suku ketiga 2023.

“Untuk hari ini, kami menjangkakan indeks akan berada dalam aliran dalam julat 1,435-1,445,” kata Thong kepada Bernama.

Dalam pada itu, harga minyak mentah kembali meningkat, menyaksikan minyak mentah Brent ditutup melepasi paras US$90 setong berikutan ketegangan yang berlaku di Timur Tengah.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals turun empat sen kepada RM7.26, IOI Corp susut tiga sen menjadi RM3.89, Press Metal Aluminium lemah dua sen kepada RM4.86, Petronas Gas turun enam sen menjadi RM17.10 dan Tenaga Nasional rendah dua sen kepada RM9.85.

Bagi saham aktif, Asdion susut satu sen kepada lapan sen, Key Asic turun 1.5 sen menjadi 7.5 sen, Tanco tidak berubah pada 57.5 sen dan Mestron turun setengah sen kepada 45 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 2.97 mata kepada 10,631.03, Indeks FBMT 100 turun 2.77 mata untuk mencatatkan paras 10,304.23 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 5.96 mata kepada 10,840.16.

Indeks FBM 70 pula menambah 2.91 mata pada 14,000.62 dan Indeks FBM ACE naik 23.49 mata kepada 5,061.76.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.45 mata pada 172.28 dan Indeks Perladangan turun 7.31 mata menjadi 6,881.54.

Indeks Tenaga meningkat 1.15 mata kepada 875.73 manakala Indeks Perkhidmatan Kewangan peroleh 6.91 mata kepada 16,240.28.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanRakutenWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In