• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Berjaya Food Tawar Lebih Banyak Produk Berasaskan Tumbuhan Pada Masa Depan

in Catalyst
A A
Firma Penyelidikan Tingkatkan Prospek Pendapatan Bagi Berjaya Food
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) — Berjaya Food Bhd (BFood) akan terus menawarkan lebih banyak produk vegan yang inovatif pada masa hadapan, dipacu oleh trend pengambilan makanan berasaskan tumbuhan yang semakin meningkat dalam kalangan rakyat Malaysia.

Pengerusi, Datuk Seri Tunku Shazuddin Ariff berkata pengguna dan perniagaan Malaysia yakin mengenai prospek ekonomi negara, dengan pengembangan menyeluruh dilihat merentas industri, permintaan domestik yang mampan dan keadaan pasaran buruh yang bertambah baik.

“Kami telah melancarkan produk vegan seperti burrito dan taco dari restoran berasaskan tumbuhan kami SALA, aiskrim tanpa tenusu dan telur dari Berjaya Kelava Sdn Bhd serta produk berasaskan soya dari Berjaya Jollibean (M) Sdn Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, beberapa jenama sedia ada, seperti Starbucks, telah menambah pilihan berasaskan tumbuhan yang lebih sihat dalam menu mereka,” katanya dalam laporan tahunan 2023 syarikat itu.

Tunku Shazuddin berkata anak syarikat kumpulan itu, Berjaya Starbucks Coffee Company Sdn Bhd (BStarbucks), yang mengendalikan semua cawangan Starbucks di negara ini, telah mencatatkan tahap kecekapan yang tidak pernah dicapai sebelum ini dalam usaha promosi dan konsistensi jenamanya.

“Ini mendorong syarikat itu memenangi enam anugerah pada 2023, termasuk Anugerah Jenama Putra, The Brand Laureate, Anugerah CSR Malaysia 2023, Anugerah Keusahawanan Asia Pasifik (APE), Anugerah Asia Runcit 2023 (Singapura), dan Anugerah Kelestarian dan CSR Malaysia 2023,” katanya.

Beliau berkata usaha promosi oleh BStarbucks, seperti menawarkan menu hidangan perayaan dan menjalinkan perkongsian dengan jenama tempatan dan global dalam kerjasama eksklusif, telah menarik pelanggan baharu dan meningkatkan trafik pengunjung ke kedai.

Beliau berkata komitmen BFood terhadap konsistensi jenama telah terbukti dalam penggunaan bahan berkualiti tinggi, piawaian perkhidmatan yang konsisten, serta komitmennya terhadap kemampanan telah membina kepercayaan dan kesetiaan dalam kalangan pelanggan.

“Syarikat berusaha untuk mengurangkan kos pembuatan di samping meningkatkan kecekapan operasi bagi menambah keberkesanan operasi perniagaan,” katanya.

Bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023,  perolehan kumpulan meningkat kepada RM1.12 bilion berbanding RM997.76 juta pada tahun kewangan sebelumnya.

— BERNAMA

Tags: berasaskan soyaberasaskan tumbuhanBerjaya StarbucksBFoodvegan
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In