• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Pelabur Fokus Pada Musim Pelaporan Pendapatan Korporat

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka lebih tinggi pagi ini apabila pelabur mula mengalihkan fokus mereka pada musim pelaporan pendapatan korporat bermodal mega di tengah-tengah tekanan inflasi yang meningkat, kata seorang peniaga.

Pada 9.07 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.34 mata kepada 1,438.99 daripada penutupan Selasa pada 1,435.65.

Indeks penanda aras utama menokok 2.32 mata pada 1,437.97 ketika memulakan dagangan pagi ini.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 180 berbalas 93, manakala 252 kaunter tidak berubah, 1,843 tidak diniagakan dan 20 digantung.

Jumlah dagangan 207.34 juta unit bernilai RM70.80 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd pula menjangkakan keseluruhan mood dagangan akan kekal positif sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat.

Sementara itu, ia berkata sentimen Wall Street bertukar positif apabila pelabur menumpukan perhatian pada musim pelaporan pendapatan kerana beberapa syarikat korporat bermodal besar dijangka mengatasi unjuran masing-masing.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank menambah dua sen kepada RM8.98 dan RM4.16, CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing meningkat satu sen menjadi RM5.69 dan RM9.86 manakala Petronas Chemicals mengukuh lima sen kepada RM7.20. 

Bagi saham aktfi, Ta Win dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen dan 57.5 sen, Leform dan Hong Seng menambah setengah sen kepada 23.5 sen dan lima sen dan Privasia mengembang satu sen kepada 11.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 18.72 mata 10,610.05, Indeks FBM Emas Syariah menokok 11.80 mata menjadi 10,830.06 dan Indeks FBMT 100 meraih 18.27 mata kepada 10,286.12.

Indeks FBM 70 pula peroleh 0.36 mata menjadi 13,968.79 dan Indeks ACE FBM meningkat 11.41 mata kepada 5,058.72.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian 0.31 mata lebih tinggi pada 171.42, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 44.59 mata kepada 16,225.70, manakala Indeks Tenaga susut 4.27 mata menjadi 869.58 dan Indeks Perladangan menambah 7.25 mata untuk mencatatkan paras 6,849.99.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaan
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In