• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Diniaga Rendah Pada Sesi Awal Dagangan, Sentimen Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia diniagakan rendah pagi ini memandangkan sentimen masih lemah kerana ketiadaan pemangkin baharu, kata seorang peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.66 mata kepada 1,439.38 daripada penutupan Jumaat pada 1,441.04.

Namun begitu, indeks utama dibuka 0.69 mata lebih tinggi pada paras 1,441.73.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 248 berbalas 62, manakala 231 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan sembilan digantung.

Jumlah dagangan 174.38 juta unit bernilai RM53.59 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, pihaknya menjangkakan peniaga akan berhati-hati dan kekal pada pegangan masing-masing menjelang musim pelaporan pendapatan bulan depan.

Ia berkata hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang tinggi, konflik berterusan di Timur Tengah serta kecenderungan Rizab Persekutuan AS terhadap kadar faedah mengehadkan potensi menaik di pasaran tempatan, sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

“Walaupun Wall Street kurang menggalakkan, kami mendapati bahawa sesetengah saham teknologi sudah matang untuk bergerak lebih tinggi,” katanya.

Sementara itu, firma pembrokeran itu turut berpihak pada sektor tenaga berikutan harga minyak mentah Brent yang mengukuh.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank susut satu sen menjadi RM8.98, Tenaga Nasional turun tiga sen kepada RM9.79 manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah satu sen kepada RM4.15 dan  RM7.21 manakala CIMB kekal pada RM5.62. 

Bagi saham aktif, Hong Seng dan Widad, kedua-duanya peroleh satu sen kepada 5.5 sen dan 56.5 sen, Auro dan Velesto susut setengah sen kepada 17 sen dan 25 sen manakala Asdion tidak berubah pada lapan sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 17.16 mata kepada 10,603.28, Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 22.78 mata menjadi 10,837.17 dan  Indeks FBMT 100 turun 15.74 mata kepada 10,282.24.

Indeks FBM 70 menguncup 38.36 mata kepada 13,934.52 dan Indeks ACE FBM kerugian 41.17 mata untuk mencatatkan paras 5,088.52.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.74 mata pada 171.65, Indeks Tenaga lemah 6.49 mata menjadi 874.59, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 3.12 mata kepada 16,187.21, manakala Indeks Perladangan meningkat 2.60 mata kepada 6,912.57.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIpembukaanWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

8 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In