• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Jejaki Pergerakan Rendah Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini, mengambil petunjuk daripada trend rendah semalaman Wall Street manakala hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) mencecah paras tertinggi baharu dalam tempoh 16 tahun di tengah-tengah ketegangan yang berterusan di Timur Tengah, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.61 mata kepada 1,442.93 daripada penutupan Rabu pada 1,446.54.

Pada sesi pembukaan, indeks utama turun 3.28 mata untuk mencatatkan paras 1,443.26.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 199 berbalas 85 sementara 221 kaunter tidak berubah, 1,846 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan  133.94 juta unit bernilai RM59.28 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, walaupun FBM KLCI didagangkan lebih tinggi semalam, pasaran bermodal kecil agak rendah berikutan aktiviti pengambilan untung yang ketara manakala Wall Street ditutup lemah disebabkan ketegangan Timur Tengah yang berterusan berserta lonjakan dalam hasil Perbendaharaan AS.

Dari segi komoditi pula, firma pembrokeran itu menambah minyak mentah Brent diniagakan berhampiran US$93 setong sebelum berakhir sekitar USS$91 setong sementara minyak sawit mentah (MSM) berada dalam lingkungan RM3,800 satu tan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Tenaga Nasional masing-masing turun dua sen kepada RM4.15 dan RM10, Petronas Chemicals merosot 12 sen menjadi RM7.53, CIMB lemah satu sen kepada RM4.15 sementara Maybank menambah tiga sen kepada RM8.98.

Bagi saham aktif, waran Parlo yang baharu disenaraikan peroleh tiga sen kepada 4.5 sen, waran Tanco dan waran Mestron masing-masing menambah setengah sen menjadi 26 sen dan 20.5 sen, Sealink naik  1.5 sen kepada 24.5 sen dan Tanco susut setengah sen menjadi  57 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 27.47 mata kepada 10,646.28, Indeks FBMT 100 susut 30.54 mata untuk mencatatkan paras 10,316.02 dan Indeks FBM Emas Syariah susut 30.54 mata kepada 10,316.02.

Indeks FBM 70 pula menguncup 62.03 mata kepada 14,017.12, manakala Indeks FBM ACE kerugian 6.69 mata kepada 5,065.14.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.03 mata kepada 175.51, Indeks Tenaga susut 0.13 mata menjadi 878.56, Indeks Perladangan lemah 48.70 mata kepada 6,879.68 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan rendah 17.27 mata kepada 16,148.57.

— BERNAMA

Tags: Bursa Malaysia
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In