• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Maxis, Digital Penang Jalin Kerjasama Bangunkan Ekosistem Digital Dan Teknologi PMKS

in Catalyst
A A
Maxis Sasar Jadi Syarikat Telekomunikasi Pertama Lancar 5G
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

GEORGE TOWN, 17 Okt (Bernama) — Penyedia rangkaian Maxis dan Digital Penang memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) untuk membangunkan ekosistem digital dan teknologi dalam segmen perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Perniagaan Perusahaan Maxis, Prateek Pashine berkata melalui kerjasama itu, Digital Penang berperanan penting dalam usaha membangunkan hubungan antara Maxis dan Komuniti Digital Kreatif, sekali gus memudahkan proses transformasi dilaksanakan selain memperkasakan usahawan PMKS melalui inisiatif latihan yang disediakan.

“Kerjasama kami dengan Digital Penang merupakan pencapaian penting yang menekankan dedikasi kami untuk memupuk pertumbuhan PMKS di Pulau Pinang seterusnya membolehkan mereka berkembang maju dalam era digital,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Beliau berharap kerjasama itu dapat membantu usahawan PMKS mengembangkan lagi perniagaan mereka dalam era digital selain mengekalkan daya saing.

Menurutnya, Maxis selaku penyedia penyelesaian bersepadu yang terkemuka juga akan memanfaatkan solusi perniagaan digitalnya iaitu Maxis Business, kesinambungan mudah alih 5G dan perkhidmatan fiber bagi menyokong usahawan PMKS untuk meningkatkan penggunaan digital.

Katanya, menerusi program itu, para usahawan dan perniagaan kecil, terutamanya daripada segmen B40 akan dilengkapi dengan peralatan dan kemahiran digital asas bagi meningkatkan kehadiran mereka dalam pasaran digital.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Pulau Pinang Zairil Khir Johari berkata kerjasama antara Maxis dan Digital Penang merupakan pencapaian penting dalam usaha ke arah menjadikan negeri itu sebagai sebuah hab teknologi digital.

“Kerajaan negeri Pulau Pinang komited untuk membangunkan komuniti setempat dan memastikan PMKS kita kekal kompeten dalam era digital ini. 

“Ia sejajar dengan wawasan Penang 2030 dan Pelan Induk Transformasi Digital,” katanya yang juga Pengarah Lembaga Digital Penang.

— BERNAMA

Tags: Digital PenangMaxisPMKSusahawan
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In