• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Mulakan Dagangan Pagi Ini Tinggi, Ambil Petunjuk Prestasi Positif Wall Street

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini lebih kukuh, menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang ditutup tinggi di tengah-tengah keyakinan pelabur menjelang musim pelaporan pendapatan, kata peniaga.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.67 mata kepada 1,441.63 daripada penutupan Isnin pada 1,438.96.

Indeks utama dibuka tinggi 0.08 mata untuk mencatatkan paras 1,439.04.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter untung mengatasi kaunter rugi 142 berbalas 104, manakala 223 kaunter tidak berubah, 1,872 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan 184.55 juta unit bernilai RM65.62 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata Wall Street meningkat apabila pelabur lebih positif menjelang minggu pertama musim pelaporan pendapatan suku ketiga walaupun ketegangan geopolitik yang semakin meningkat.

“Memandangkan sentimen dagangan yang menggalakkan di Wall Street, kami percaya minat belian dijangka muncul di pasaran tempatan, memberi tumpuan pada butiran Belanjawan 2024 serta Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030,” katanya.

Bagi komoditi pula, ia berkata minyak mentah Brent kekal melebihi US$90 setong di tengah-tengah ketegangan geopolitik yang berterusan, manakala minyak sawit mentah bergerak ke arah RM3,800 satu tan.

Sementara itu, dalam kalangan sektor wajaran tinggi Bursa – Maybank, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menambah dua sen kepada RM9.00, RM4.19 dan RM7.50, Tenaga Nasional peroleh lima sen menjadi RM10.00 manakala CIMB susut empat sen kepada RM5.57.

Saham-saham aktif yang terdiri daripada Minox yang baharu disenaraikan peroleh lapan sen untuk mencapai harga 33 sen, Widad mengembang satu sen kepada 56 sen manakala Sapura Energy, Tanco dan waran Tanco, kesemuanya tidak berubah pada harga lima sen, 25.5 sen dan 57 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 19.91 mata kepada 10,678.97, Indeks FBMT 100 menambah 19.70 mata kepada 10,344.29 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 18.42 mata menjadi 10,897.09

Indeks FBM 70 mengembang 29.45 mata kepada 14,219.71 manakala Indeks FBM ACE susut 8.25 mata kepada 5,108.94.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 35.67 mata kepada 16,263.60, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian peroleh 0.18 mata kepada 175.52, Indeks Tenaga menambah 0.19 mata menjadi  882.65 dan Indeks Perladangan meraih 10.64 mata kepada 6,836.80.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesMinox
Share205ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In