• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Inspirasi

Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

in Inspirasi, Saham
A A
Saham Apa Dalam Portfolio Warren Buffett?

Gambar: AP Photo/Nati Harnik

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ada sesiapa yang tak kenal Warren Buffett? Sekiranya anda sudah terlibat dalam pelaburan saham, saya percaya anda telah mengenali insan ini. Malah pastinya sekitar 90% pelabur mesti mengenali beliau.

Mana tidaknya, Warren Buffett boleh dianggap sebagai salah seorang pelabur yang sangat berjaya dalam pelaburan saham.

Jika belum kenal siapa beliau, baca dahulu artikel ini Warren Buffet : Tokoh Pelaburan Saham.

Sumber: Investopedia


Beliau memiliki sebuah syarikat konglomerat multinasional yang dikenali sebagai Berkshire Hathaway. 

Jika ada pelabur yang sangat berjaya seperti ini, pernahkah anda terfikir nak tahu saham apa yang dibeli Warren Buffett? Daripada anda percaya “buy call” channel telegram, lebih baik anda kaji portfolio Warren Buffett.

Saham yang dibeli beliau adalah melalui syarikat pelaburan beliau sendiri iaitu Berkshire Hathaway. Nilai portfolio Berkshire Hathaway bernilai sekitar USD364 bilion.

Ada beberapa laman sesawang yang boleh membantu anda untuk mencari portfolio pegangan Berkshire Hathaway.

Salah satu daripadanya adalah Hedge Follow.

Klik sahaja pada Warren Buffett/Berkshire Hathaway. Kemudian, klik “Top Holdings”.

Senarai Top 50 saham pegangan Berkshire Hathaway akan tertera. 

Sumber: Hedge Follow

Selain daripada laman sesawang di atas, anda juga boleh merujuk terus pegangan Berkshire Hathaway Inc di SEC Form 13F. 

Saham Apple Inc ($AAPL) merupakan saham paling banyak dalam portfolio beliau iaitu sebanyak 51% daripada kesemua saham yang dimiliki beliau. Nilai saham Apple dalam portfolio beliau sahaja sudah bernilai setinggi USD177.59 bilion. 

Selain itu, saham-saham lain juga terdiri daripada syarikat gergasi di Amerika Syarikat.

Gambar di atas hanyalah sebahagian daripada pegangan saham jerung Wall Street tersebut. Kalau nak senarai penuh, anda boleh pergi sendiri ke laman sesawang tersebut.

Peringatan kepada anda bahawa anda tidak boleh meniru portfolio tersebut secara membuta tuli. Jangan pula anda membeli kesemua saham tersebut tanpa memahami dan tanpa membuat kajian sendiri terlebih dahulu.

Tidak kesemua saham pegangan Warren Buffet itu patuh syariah. Oleh itu, anda juga perlu membuat kerja rumah sendiri.

Tipsnya adalah jadikan portfolio Warren Buffet sebagai rujukan, buat kajian anda dan pilih saham yang bersesuaian dengan strategi masing-masing.

Tapi best sangat ke melabur di Wall Street? Baca: Cari Peluang Di Wall Street Jika Tiada Masa Monitor Saham Waktu Siang

Saya akhiri artikel ini dengan nasihat berharga daripada Warren Buffet. Jemput baca artikel di bawah.

Baca: 5 Nasihat Berharga Warren Buffett Dalam Perniagaan Dan Pelaburan

Baca juga: 4 Tips Melabur Seperti Warren Buffett

Sumber:

  1. What’s in Warren Buffett’s Portfolio?
  2. SEC Form 13F
  3. Investopedia

Berminat Nak Teroka Pasaran Saham Wall Street?

Kami menerima banyak pertanyaan tentang bagaimana nak terlibat dengan pasaran saham global. Malah banyak artikel percuma yang telah kami kongsikan antaranya:

  • Apa Beza Indeks Dow Jones, S&P 500 Dan Nasdaq?
  • Saham ‘Dual Class’ Di Wall Street
  • Ambil Tahu 6 Perkara Penting Ini Sebelum Nak Masuk Pasaran Saham Amerika Syarikat
  • 7 Fakta Menarik Mengenai Wall Street (US)
  • 6 Perbezaan Melabur di Bursa Malaysia & Wall Street

Eh, banyak lagi lah.

Kami dulu juga hanya fokus melabur di pasaran saham Bursa Malaysia. Tetapi selepas mengambil kira risiko dan faktor-faktor lain, kami mengambil keputusan untuk tidak meletakkan 100% duit lebihan yang ada di pasaran saham Malaysia.

Selalu tengok harga saham Apple, Tesla, Google, NVIDIA duk naik dan ingin menjadi salah seorang daripada pemegang saham syarikat-syarikat terkemuka dunia ini?

Dah tak perlu risau dan susah-susah lagi! Kami akan kongsikan step by step cara untuk melabur saham di Wall Street.

Jangan lepaskan peluang ini! Mulakan langkah pertama anda untuk melabur dalam pasaran saham Wall Street!

Pra-Daftar sekarang di Pra-Daftar Masterclass Saham Wall Street

Tags: Berkshire HathawayWall Streetwarren buffett
Share375ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In