• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pagi Ini, Prestasi Wall Street Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Jumaat, mengambil petunjuk daripada prestasi lemah semalaman Wall Street, kata para peniaga.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.64 mata kepada 1,441.18 daripada 1,443.82 penutup Khamis.

Indeks utama dibuka 0.45 mata lebih rendah pada 1,443.37.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 165 berbalas 139, manakala 248 kaunter tidak berubah, 1,803 tidak diniagakan dan 25 digantung.

Jumlah dagangan 183.01 juta unit bernilai RM77.05 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata data Indeks harga Pengguna (IHP)I AS telah melonjakkan hasil 10 tahun AS kepada 4.697 peratus dan Rizab Persekutuan AS pula berkemungkinan perlu menaikkan kadar faedah bulan depan.

Beliau berkata Purata Perindustrian Dow Jones merosot 0.51 peratus semalaman manakala Komposit Nasdaq turun 0.63 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 345 mata didorong oleh kemunculan Central Huijin yang merupakan sebahagian daripada dana kekayaan kedaulatan China yang menolak naik saham beberapa bank antaranya ICBC, Construction Bank, Bank of China dan Agriculture Bank,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau berkata ketika pelabur menunggu pembentangan Bajet 2024 lewat hari ini, beliau tetap optimis kemungkinan terdapat beberapa kejutan yang menggembirakan.

“Namun begitu, kami menjangkakan indeks penanda aras berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Petronas Chemicals naik satu sen kepada RM7.28, Maybank dan Public Bank masing-masing turun tiga sen untuk mencatatkan harga RM8.96 dan RM4.15, CIMB lemah empat sen menjadi RM5.62 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM10.00. 

Bagi saham aktif, Widad menambah setengah sen kepada 55 sen, Tanco dan Malaysian Resources Corporation turun setengah sen, masing-masing merekodkan harga 56 sen dan 48.5 sen manakala KNM Group dan Sapura Energy, kedua-duanya kekal pada harga 12 sen dan lima sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 14.82 mata kepada 10,681.49, Indeks FBMT 100 berkurangan 14.53 mata menjadi 10,343.00 dan Indeks FBM Emas Syariah merosot 4.06 mata kepada 10,916.71

Indeks FBM 70 rendah 0.69 mata kepada 14,226.19 manakala Indeks FBM ACE meningkat 3.73 mata kepada 5,181.50.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.71 mata kepada 16,249.81, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.05 mata menjadi 173.99, Indeks Tenaga berkurangan 2.23 mata kepada 873.22 manakala Indeks Perladangan meningkat 2.17 mata kepada 6,848.94.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeThong Pak LengWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In