KUALA LUMPUR, 11 Okt (Bernama) — APB Resources Bhd bercadang untuk membeli tanah pajakan bersama Menara Serba Dinamik 16 tingkat di Shah Alam, Selangor, pada harga RM38 juta, tertakluk kepada kelulusan Mahkamah Tinggi.
Pengeluar peralatan pemprosesan itu berkata ia menerima surat daripada pelikuidasi Serba Dinamik Group Bhd semalam memaklumkan bahawa ia menerima salinan arahan panggilan yang berkaitan dengan permohonan pelikuidasi untuk penjualan tanah seluas 3,025 meter persegi bersama bangunan pejabat yang didirikan di atasnya.
“Pertimbangan pembelian sebanyak RM38 juta diperoleh berdasarkan asas ‘keadaan semasa’ selepas rundingan yang panjang dan selepas mengambil kira nilai lembaran imbangan bersih dan nilai pasaran hartanah tersebut,” kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
APB, yang berpangkalan di Shah Alam, berkata pembelian itu akan membolehkan kumpulan itu menggunakan hartanah itu untuk kegunaan sendiri dan menjana pendapatan dengan menyewakannya.
Ia berkata urus niaga yang dicadangkan itu dijangka selesai sebelum 30 Nov 2023.
— BERNAMA




