• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Catat Kenaikan Menjelang Belanjawan 2024 Jumaat Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Okt (Bernama) — Prestasi semalaman Wall Street yang lebih baik terus membantu melonjakkan dagangan Bursa Malaysia untuk dibuka tinggi pagi ini meskipun pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengeluaran data inflasi pengguna Amerika Syarikat (AS) lewat hari ini dan Belanjawan 2024 esok.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meraih 4.95 mata untuk mencatatkan paras 1,441.44 daripada 1,436.49 penutup Rabu.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka pada 1,437.96, meningkat 1.47 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 168 berbalas 140, manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,793 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan 283.53 juta unit bernilai RM108.34 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata ramai yang “bertaruh” Rizab Persekutuan AS mungkin menangguhkan kenaikan kadarnya pada November ini.

“Justeru, Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 65 mata semalaman manakala Nasdaq menambah 97 mata apabila hasil Perbendaharaan AS 10 tahun susut kepada 4.56 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng melonjak 228 mata didorong keyakinan ekonomi China akan pulih dengan lebih kukuh dan AS menghentikan kenaikan kadar pada masa hadapan,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, sementara aliran masuk dana asing dijangka berterusan, indeks penanda aras perlu melihat aliran menaik yang kukuh melepasi paras 1,450 secepat mungkin untuk mengekalkan trajektori menaiknya sejak pertengahan Julai.

“Untuk hari ini, kami percaya sektor telekomunikasi yang berprestasi rendah mungkin menyaksikan beberapa aktiviti memburu saham murah manakala indeks utama dijangka berlegar dalam julat 1,435-1,445,” tambahnya.

Sementara itu, Malacca Securities Sdn Bhd berkata berikutan sentimen positif secara keseluruhan dalam pasaran saham global, firma pembrokeran itu menjangkakan sokongan pembelian mungkin berterusan di pasaran tempatan, berpandukan pada idea dan pemangkin dalam Belanjawan 2024 sekurang-kurangnya untuk jangka masa terdekat.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank meningkat lima sen kepada RM8.95, Public Bank dan CIMB masing-masing menambah dua sen kepada RM4.17 dan RM5.62, Tenaga Nasional mengukuh sembilan sen untuk mencapai harga RM10.08 tetapi Petronas Chemicals susut tiga sen menjadi RM7.20. 

Bagi saham aktif,  SSF Home yang mula disenaraikan di Pasaran ACE pagi ini tidak berubah pada harga 25 sen, Classita dan Kinergy Advancement tidak berubah, masing-masing mencatatkan harga 7.5 sen dan 33 sen manakala Sapura Energy dan Tanco susut setengah sen kepada lima sen dan 56 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 27.60 mata kepada 10,666.45, Indeks FBMT 100 naik 28.09 mata menjadi 10,331.58 dan Indeks FBM Emas Syariah mengukuh 18.90 mata kepada 10,897.24.

Indeks FBM 70 peroleh  6.27 mata menjadi 14,152.69, manakala Indeks FBM ACE susut 16.07 mata kepada 5,160.64.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan mengembang 58.67 mata kepada 16,239.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian meningkat 0.27 mata kepada 172.48, Indeks Perladangan menokok 5.32 mata kepada 6,878.96, manakala Indeks Tenaga susut 7.37 mata pada 871.14.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In