• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Didagangkan Bercampur-Campur Pagi Ini, Wall St Kekal Kukuh

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 11 Okt  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur hari ini di tengah-tengah prestasi semalaman Wall Street yang lebih kukuh, kata seorang peniaga.

Pada 9.12 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.80 mata kepada 1,433.37 daripada 1,435.17 penutup Selasa.

Indeks utama dibuka 0.42 mata lebih rendah pada paras 1,434.75.

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 187 berbalas 117, manakala 257 kaunter tidak berubah, 1,781 tidak diniagakan dan 10 digantung.

Jumlah dagangan 265.52 juta unit bernilai RM99.78 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, Wall Street mengakhiri sesi dagangan semalaman lebih tinggi apabila peniaga kembali sebagai pembeli, didorong oleh penurunan hasil 10 tahun Amerika Syarikat.

“Purata Perindustrian Dow Jones memperoleh 135 mata semalaman manakala Nasdaq menambah 79 mata apabila hasil 10 tahun AS susut kepada 4.657 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng ditutup 147 mata lebih tinggi, dirangsang oleh aliran masuk dana dari tanah besar China dan ulasan terkini bahawa Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat berpotensi menangguhkan pelarasan kadarnya pada November,” katanya kepada Bernama.

Di dalam negara, beliau menjangkakan pembelian di kaunter perbankan akan berterusan, berserta saham telekomunikasi selepas kegiatan pengambilan untung yang kukuh bulan lalu.

“Justeru,cindeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,435-1,445 hari ini memandangkan sentimen yang bertambah baik,” tambahnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Tenaga Nasional meningkat dua sen kepada RM9.99, manakala Petronas Chemicals susut empat sen menjadi RM7.26, and Maybank, Public Bank dan CIMB pula masing-masing turun satu sen untuk mencatatkan harga RM8.88, RM4.12 dan RM5.54.

Bagi saham aktif, KNM Group menambah setengah sen kepada 12.5 sen, Aco Group naik empat sen kepada 27 sen dan UEM Sunrise menokok satu sen menjadi 88 sen, manakala Sapura Energy dan Kinergy Advancement masing-masing tidak berubah pada lima sen dan 33 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas susut 5.37 mata kepada 10,623.91, Indeks FBMT 100 turun 7.04 mata menjadi 10,287.50 dan  Indeks FBM Emas Syariah lemah 1.04 mata kepada 10,886.28.

Indeks FBM ACE menguncup 33.68 mata kepada 5,159.83, manakala Indeks FBM 70 meningkat 15.73 mata kepada 14,152.27.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 17.20 mata kepada 16,092.48, Indeks Tenaga turun 1.07 mata menjadi 873.79 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lemah 0.16 mata kepada 172.67 manakala Indeks Perladangan peroleh 1.16 mata kepada 6,899.94.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share202ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In