• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Dutch Lady Tingkatkan Pengeluaran Di Kemudahan Baharu Tahun Depan

in Catalyst
A A
Dutch Lady Berikan Kontrak Pembinaan Bernilai Lebih RM100 Juta Kepada Seremban Engineering
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 8 Okt (Bernama) — Dutch Lady Milk Industries Bhd (DLMI) merancang untuk meningkatkan pengeluaran pada tahun depan selepas berpindah ke kemudahan baharu bernilai RM540 juta di Bandar Enstek, menggunakan lapan barisan pengeluaran.

Kemudahan itu terletak di tanah seluas 12.9 hektar dan pengeluaran dijadualkan bermula pada pertengahan 2024.

Pengarah Urusannya, Ramjeet Kaur Virik memberitahu Bernama bahawa syarikat menyasarkan untuk meningkatkan prospek pertumbuhan dengan kapasiti pengeluaran yang lebih tinggi dan kecekapan yang lebih baik selain meninjau peluang pengembangan jangka panjang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Saiz tanah itu adalah tiga kali ganda daripada saiz kilang di Petaling Jaya. (Oleh itu), apabila kami mula beroperasi pada tahun depan, kami akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran,” katanya, sambil menambah syarikat masih beroperasi di premis di Petaling Jaya.

Beliau berkata hab pembuatan baharu itu akan menempatkan pusat pengedaran, membolehkan DLMI mengendalikan kitaran pengeluaran secara menyeluruh.

Katanya ia juga akan mempunyai pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk membolehkan syarikat tenusu itu menghasilkan produk dengan potensi eksport.

DLMI turut melaksanakan prinsip ekonomi, alam sekitar, sosial dan tadbir urus sejajar dengan matlamat jangka panjang syarikat induk untuk mengimbangi antara perniagaan dan kemampanan.

Ramjeet berkata syarikat komited untuk mengurangkan 30 peratus daripada jejak karbonnya.

Katanya DLMI mahu membina hab pembuatan serantau dan bersama-sama dengan syarikat induk, Royal FrieslandCampina NV, menjadi komitmen syarikat untuk meningkatkan pengambilan nutrisi dalam kalangan kanak-kanak dan pada masa yang sama meningkatkan kemahiran masyarakat.

DLMI mempunyai antara bahagian pasaran terbesar sebanyak 28.1 peratus dan 34.2 peratus dari segi jumlah sehingga Ogos 2023.

— BERNAMA

Tags: Bandar EnstekDutch Ladypusat pengedaran
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In