• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Top Glove Catat Kerugian Bersih RM926.64 Juta Pada Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Top Glove Harap Lanjutan Insentif Hijau, Cukai Korporat Dikurangkan Dalam Bajet 2023
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Okt (Bernama) — Top Glove Corporation Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM926.64 juta dalam tahun kewangan berakhir 31 Ogos, 2023 (TK2023) berbanding keuntungan bersih RM225.56 juta pada tahun sebelumnya disebabkan oleh rosot nilai yang berjumlah RM389 juta.

Rosot nilai sekali sahaja itu terdiri daripada aset tidak ketara sebanyak RM138 juta dan hapus kira hartanah, loji dan peralatan sebanyak RM251 juta.

Bagaimanapun, Top Glove menekankan bahawa rosot nilai itu tidak menjejaskan aliran tunainya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Hasil turun mendadak sebanyak 59 peratus kepada RM2.26 bilion daripada RM5.57 bilion sebelumnya, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

 Bagi tempoh Suku keempat Tahun Kewangan 2023 (S4 TK2023), Top Glove berkata, kerugian bersih meningkat kepada RM463.15 juta daripada RM62.99 juta pada suku yang sama tahun lepas manakala hasil jatuh kepada RM475.87 juta daripada RM989.94 juta.

Top Glove berkata tanpa rosot nilai tersebut, kerugian selepas cukai kumpulan pada Suku Keempat akan lebih rendah.

“Rosot nilai itu adalah susulan daripada pelaksanaan penyusunan semula operasi dan semakan semula aset menjana pendapatan kumpulan untuk mengukuhkan daya saing kos,” katanya.

Sementara itu, pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai, pelunasan (EBITDA)  dan aliran tunai operasi kumpulan pada Suku Keempat adalah positif ketika industri sarung tangan mula pulih daripada tempoh ketidakseimbangan permintaan-penawaran. 

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Pengarah Urusan Top Glove Lim Cheong Guan berkata pada masa depan, kumpulan itu percaya inventori yang terkumpul semasa tempoh pandemik telah hampir ke paras terendahnya ekoran permintaan sarung tangan rendah dalam tempoh dua tahun lepas. 

“Sebaliknya, penggunaan sarung tangan telah meningkatkan pasca pandemik susulan peningkatan tahap kesedaran terhadap kebersihan dan kesihatan.  

“Dengan ini, kami percaya permintan sarung tangan akan meningkat secara perlahan-lahan,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: hasilKeputusankerugian bersihrosot nilaisuku keempatTop Glove
Share258ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In