KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Sunway Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Sunway Construction Group Bhd (SunCon) meraih kontrak bernilai RM190 juta daripada K2 Strategic Infrastructure Malaysia Sdn Bhd.
Kontrak tersebut adalah untuk membangunkan sebuah pusat data di Johor, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.
SunCon berkata pusat data itu akan dibina secara berfasa dengan fasa pertama dijangka siap pada suku keempat 2024.
“Tanpa mengambil kira keadaan yang tidak dijangka, projek itu dijangka memberi sumbangan positif kepada pendapatan kumpulan SunCon bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023, dan seterusnya,” katanya.
Secara keseluruhannya, SunCon memperoleh projek baharu berjumlah RM2.2 bilion pada tahun ini.
— BERNAMA




