• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Petronas Dagangan Pasang Lebih Banyak Hab Pengecasan EV Di Stesen Minyak

in Catalyst
A A
Petronas Dagangan Pasang Lebih Banyak Hab Pengecasan EV Di Stesen Minyak

Gambar: FB Petronas Brands

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Petronas Dagangan Bhd (PDB) mengulangi komitmennya untuk memasang lebih banyak hab pengecasan kenderaan elektrik (EV) di stesen minyaknya di seluruh negara, dengan bilangannya bergantung kepada permintaan dan bilangan EV di jalan raya sepanjang tahun.

Ketua Pegawai Operasinya Khalil Muri berkata sehingga kini terdapat 25 hab pengecasan EV di stesen minyaknya, terutamanya di sepanjang Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Utara-Selatan.

“Kebanyakan pemilik EV akan mengecas kereta mereka di rumah dan hanya menggunakan hab pengecasan di stesen minyak atau pusat beli-belah untuk pemanduan jarak jauh.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Jadi kami akan melihat keseimbangan antara pengecasan di tiga premis bersama bilangan EV di Malaysia untuk melengkapkan lebih banyak hab pengecasan EV di stesen minyak,” katanya selepas melancarkan Program Kesetiaan Ganjaran Mesra Tanpa Kad Baharu di sini hari ini.

Petronas Dagangan melancarkan program kesetiaan Ganjaran Mesra tanpa kad baharunya hari ini, yang menawarkan lebih kemudahan kepada pelanggan untuk memperoleh sehingga tiga kali mata Mesra, termasuk penebusan bahan api percuma dan banyak lagi ganjaran menarik.

Khalil berkata pelanggan kini boleh memperoleh dan menebus mata Mesra dengan mudah di hujung jari dengan hanya memasukkan nombor telefon bimbit mereka di pam minyak sebelum mengisi minyak atau membuat pembelian di Kedai Mesra.

Pelanggan yang telah memuat turun dan mendaftar aplikasi Setel juga boleh memperoleh mata Mesra untuk pembelian Kedai Mesra mereka.

— BERNAMA

Tags: hab pengecasankenderaan elektrikPetronas Dagangan
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In