• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur Susulan Sentimen Berhati-Hati

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia menyaksikan dagangan bercampur-campur  pada pagi Khamis ketika sentimen berhati-hati walaupun Wall Street meningkat dalam dagangan semalaman, kata peniaga.

Pada 9.06 pagi ini, indeks utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 2.04 mata kepada 1,413.80 daripada paras 1,415.84, semalam. 

Sewaktu dibuka, indeks itu turun 2.40 mata pada 1,413.44.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Di pasaran meluas sebaliknya menyaksikan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 155 berbanding 138 manakala 254 kaunter tidak berubah, 1,741 tidak diniagakan dan 15 digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 173.19 juta unit bernilai RM71.21 juta.

Dalam nota penyelidikannya, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi Wall Street yang lebih positif semalaman dijangka mengundang minat belian ke atas bursa, terutama sektor teknologi manakala sektor tenaga akan berada di bawah tekanan berikutan kejatuhan harga minyak mentah Brent.

Pada masa sama, katanya, pelabur masih dalam kedudukan bertahan menjelang pengumuman Belanjawan 2024 minggu depan dan lebih menumpukan pemangkin domestik dalam masa terdekat susulan pelancaran Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara dan Pelan Induk Perindustrian Baharu.

“Berikutan itu, aktiviti dagangan juga boleh membabitkan dalam sektor pembinaan, bahan binaan serta hartanah,” katanya.

Prestasi awal saham wajaran tinggi seperti Maybank tidak berubah pada RM8.73, Public Bank naik satu sen kepada RM4.06, CIMB menokok dua sen kepada RM5.42, Tenaga Nasional turun tiga sen kepada RM9.93 dan Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada RM7.05. 

Bagi saham aktif, KNM dan Tanco masing-masing naik setengah sen kepada 17 sen dan 55 sen, Ekovest meraih 1.5 sen kepada 55 sen dan Sarawak Consolidated naik satu sen kepada 48.5 sen manakala Bumi Armada turun setengah sen kepada 53.5 sen. 

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas merosot 9.10 mata kepada 10,484.73, Indeks FBMT 100 berkurangan 10.60 mata kepada 10,154.15 dan Indeks FBM Emas Shariah turun 22.08 mata kepada 10,760.0.

Indeks FBM ACE turun 2.86 mata kepada 5,117.56 manakala Indeks FBM 70 pulih 3.23 mata kepada 13,999.93.

Selain itu, bagi sektor menyaksikan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata kepada 169.89, Indeks Tenaga naik 9.73 mata kepada 848.32 manakala Indeks Perladangan merosot 18.46 mata kepada 6,807.37 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan naik 12.54 mata kepada 15,844.67.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan  2024bukaBursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In