• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Berikutan Tekanan Jualan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini berikutan tekanan jualan dalam saham wajaran tinggi terpilih, kata peniaga. 

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 3.0 mata kepada 1,417.01 daripada 1,420.01 pada Selasa. 

Indeks dibuka rendah 2.10 mata kepada 1,417.91.

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 280 berbanding 57 manakala 209 kaunter tidak berubah, 1,748 tidak diniagakan dan 24 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 140.68 juta unit bernilai RM68.76 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, tekanan inflasi yang tinggi, hasil Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) yang meningkat serta jangkaan kemungkinan satu lagi langkah kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan AS akan terus meletakkan pasaran saham di bawah tekanan penurunan.

“Berdasarkan Wall Street ditutup dalam sentimen negatif, kami menjangka wujud minat jualan dalam sektor teknologi di peringkat tempatan manakala sektor tenaga akan terus menerima tekanan berikutan harga minyak Brent yang merosot,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, ia berpendapat peniaga akan menempatkan diri mereka dalam sektor bahan binaan dan pembinaan menjelang pembentangan Belanjawan 2024 minggu depan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Petronas Chemicals, masing-masing tidak berubah pada RM8.77 dan RM7.0 manakala Public Bank dan Tenaga Nasional, masing-masing berkurangan satu sen kepada RM4.05 dan RM9.96 serta CIMB merosot dua sen kepada RM5.39.

Daripada saham aktif, Sealink International naik 1.5 sen kepada 20.5 sen, Hextar dan Evergreen Max Cash, masing-masing menambah setengah sen kepada 41 sen dan 46 sen, KNM tidak berubah pada 15 sen dan Tanco merosot setengah sen kepada 54 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 29.86 mata kepada 10,505.51, Indeks FBMT 100 berkurangan 27.90 mata kepada 10,174.06 dan Indeks FBM Emas Shariah susut 31.22 mata kepada 10,792.28.

Indeks FBM ACE berkurangan 20.15 mata kepada 5,142.10 manakala Indeks FBM 70 merosot 66.31 mata kepada 14,013.45.

Mengikut sektor, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.35 mata kepada 169.73, Indeks Tenaga susut 5.63 mata kepada 866.09, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 37.27 mata kepada 15,867.94 dan Indeks Perladangan jatuh 25.19 mata kepada 6,834.73. 

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2024bukaBursa MalaysiaMalacca Securities
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In