• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Lim Cadang Untuk Menggabung Dan Menyusun Semula Syarikat Bawah Ekovest

in Catalyst
A A
Lim Cadang Untuk Menggabung Dan Menyusun Semula Syarikat Bawah Ekovest
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 27 Sept (Bernama) — Tan Sri Lim Kang Hoo, atas kapasiti peribadinya sebagai pemegang saham utama Ekovest Bhd, Knusford Bhd, Iskandar Waterfront Holdings Sdn Bhd (IWH) dan Iskandar Waterfront City Bhd (IWCity) telah mencadangkan penyusunan semula, rasionalisasi serta penggabungan yang melibatkan syarikat-syarikat tersebut.

Ekovest dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata cadangan Lim bertujuan untuk menyelaraskan, menyusun semula, merasionalkan dan menggabungkan perniagaan termasuk aset yang dimiliki serta dikawal oleh beliau dan individu yang bertindak secara bersama, melalui pelbagai syarikat tersenarai dan tidak tersenarai selain bertujuan menyatukan pegangan saham langsungnya dalam pelbagai syarikat.

Ekovest juga memiliki 62 peratus PLS Plantation Bhd.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Cadangan itu akan membolehkan kumpulan Ekovest yang diperbesarkan untuk menjadi salah satu konglomerat perkongsian awam-swasta yang tersenarai di Malaysia yang terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, infrastruktur dan perladangan.

“Cadangan-cadangan itu bertujuan untuk mengurangkan sebarang potensi konflik kepentingan dan spekulasi berkaitan penjajaran kepentingan Lim, sebagai pemegang saham utama syarikat. 

“Ia juga akan melupuskan banyak urus niaga pihak berkaitan berulang sedia ada selain kebimbangan harga pindahan di kalangan syarikat yang bergerak ke hadapan,” jelas satu kenyataan media lain yang dikeluarkan bagi pihak Lim.

Cadangan pertama melibatkan langkah penggabungan perniagaan pembinaan Ekovest dan Knusford, yang mana Knusford memperoleh keseluruhan modal saham terbitan Ekovest Construction Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Ekovest.

Cadangan kedua menyentuh mengenai cadangan pemerolehan oleh Ekovest membabitkan tiga bidang tanah seluas 6.87 hektar (17 ekar) terletak di Johor Bahru, yang berpotensi untuk dimajukan sebagai dua pembangunan berorientasikan transit (TOD) di sepanjang jajaran bagi Sistem Transit Cepat Johor Bahru–Singapura.

Cadangan ketiga merangkumi pemerolehan oleh Ekovest sekurang-kurangnya 51 peratus atau lebih daripada modal saham terbitan Credence Resources Sdn Bhd, yang kini memegang 63.13 peratus kepentingan ekuiti dalam IWH, yang seterusnya memegang 34.29 peratus kepentingan ekuiti dalam IWCity .

Cadangan keempat ialah langkah penggabungan hartanah serta aset IWH dan IWCity di bawah satu entiti melalui pemerolehan IWCity ke atas keseluruhan modal saham terbitan semua subsidiari langsung IWH yang sedia ada.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaEkovestLim Kang Hoo
Share324ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In