• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

VS Industry Catat Untung Bersih Suku Keempat Sebanyak RM66.08 Juta

in Saham
A A
VS Industry Raih Untung Bersih Lebih Rendah Sebanyak RM169.74 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — VS Industry Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM66.08 juta bagi suku keempat berakhir 31 Julai, 2023 berbanding RM35.59 juta sebelumnya.

Hasil bagi suku dalam tinjauan juga meningkat kepada RM1.16 bilion daripada RM1 bilion tahun lepas, peningkatan sebanyak 15.7 peratus atau RM157.3 juta, terutamanya disebabkan oleh pesanan jualan yang lebih tinggi daripada pelanggan sedia ada.

Keuntungan sebelum cukai pula meningkat sebanyak RM55.9 juta kepada RM94.4 juta dalam tempoh yang sama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sejajar dengan prestasi terbaik itu, VS mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM245.6 juta untuk tahun kewangan 2023 berbanding RM205.8 juta tahun lepas.

“Ini diterjemahkan kepada pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 19.4 peratus berikutan permintaan yang lebih tinggi ditambah dengan ketiadaan rosot nilai pelaburan dalam syarikat bersekutu dan kerugian rosot nilai dalam loji dan peralatan yang diiktiraf pada tahun sebelumnya,” kata penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.  

Syarikat tersenarai di pasaran utama itu berkata persekitaran operasi untuk perniagaan di Malaysia kekal mencabar disebabkan struktur kos yang meningkat berikutan peningkatan dalam perbelanjaan buruh, utiliti dan pembiayaan.

“Dari segi positifnya, kami telah mengalami peningkatan dalam pesanan jualan sepanjang suku yang lalu, dan kami menjangkakan momentum ini akan berterusan pada tahun kewangan akan datang berdasarkan komunikasi kami dengan pelanggan, yang disokong oleh pelancaran model-model baharu.

“Pada masa yang sama, pihak pengurusan kekal peka dengan cabaran-cabaran yang berpotensi dan akan terus berhemat bagi memastikan operasi yang lebih kemas dan cekap. Ini disokong lagi oleh kunci kira-kira kami dengan penggearan bersih yang rendah, yang menjadikan kami lebih tangkas dan berfungsi sebagai penampan kewangan yang kukuh untuk mengemudi daripada sebarang kemungkinan yang tidak dijangka,” katanya.

Selaras dengan amalan pemberian dividen suku tahunannya, lembaga pengarah mengisytiharkan dividen interim keempat sebanyak 0.5 sen sesaham untuk suku dalam tinjauan.

Ia juga telah mencadangkan dividen akhir sebanyak 0.5 sen sesaham, tertakluk kepada kelulusan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan akan datang.

“Jumlah dividen sesaham untuk tahun kewangan semasa berjumlah 2.2 sen, mewakili pembayaran 45.9 peratus berdasarkan pendapatan sesaham tahun kewangan 2023 sebanyak 4.79 sen,” katanya.

Kumpulan itu mempunyai dasar dividen sebanyak 40 peratus pembayaran keuntungan bersih, tambahnya.

— BERNAMA

Tags: cabaranjualanKeputusansuku keempatVS Industry
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In