• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Sebelum Anda Memohon IPO Minox International Group Berhad

in Saham
A A
Minox Sasar Kumpul RM22.5 Juta Daripada IPO Pasaran Ace
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Setiap kali IPO baru, ramai yang bertanyakan kepada orang lain seperti Dealer, Remisier, dan rakan-rakan mereka berkenaan dengan sesebuah IPO. Nak mohon IPO, tapi tak mahu nak kaji. Macam mana nak tahu bagus ataupun tidak?

Tidak salah untuk bertanya pandangan orang lain, tetapi kajian sendiri sebenarnya adalah yang terbaik.

Baru-baru ini, IPO terbaharu yang dibuka untuk permohonan adalah Minox International Group Berhad.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Nak tahu bagus ataupun tidak IPO ini, apa kata anda baca artikel ini untuk anda ketahui 10 perkara yang anda perlu tahu. Jika anda nak tahu lebih mendalam, anda boleh rujuk pada prospektus Minox.

Oh ya, sebelum itu, saya juga nak kongsikan bahawa Minox turut ditawarkan kepada pelabur Bumiputera di MITI sebelum ini.

1. Latar Belakang Syarikat & Perniagaan Yang Dijalankan

Secara ringkasnya, Minox terlibat dengan pengedaran komponen keluli tahan karat termasuk injap, tiub & kelengkapan, komponen & peralatan pemasangan, hos getah berjenama “MINOX®” serta produk lain yang berkaitan.

Sumber: Minox

Pelanggan atau klien Minox terdiri daripada industri makan & minuman, farmaseutikal dan semikonduktor.

Sumber: Minox


Perniagaan Minox merangkumi pelanggan dari dalam dan luar negara. Minox mempunyai pejabat di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand. Wakil niaga syarikat pula juga berada di pelbagai buah negara lain untuk pelanggan di Taiwan, Filipina dan Vietnam.

2. Status Syariah

Sumber: Prospektus

Dah tahu latar belakang syarikat, mesti nak tahu IPO ini patuh syariah ataupun tidak bukan? Menurut prospektus, status IPO Minox adalah patuh syariah dan diluluskan oleh Badan Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

3. Tarikh-tarikh Penting

Sumber: CGS-CIMB eIPO

Kalau berminat dengan IPO Minox International Group Berhad, anda perlu tahu tarikh-tarikh penting seperti tarikh buka permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh cabut undi, tarikh saham dikreditkan ke dalam akaun CDS dan tarikh penyenarian.

Kami terjemahkan jadual tarikh di atas kepada anda untuk lebih mudah untuk difahami.

4. 45 Juta Saham Baharu Ditawarkan Kepada Pelabur Bumiputera

Sumber: Prospektus 

Jumlah keseluruhan saham yang bakal diapungkan di pasaran saham adalah sekitar 360 juta unit dan hanya sekitar 90 juta unit untuk direbutkan oleh pemohon yang memohon IPO.

IPO ini telah ditawarkan di MITI sebelum ini sebanyak 45 juta unit.

5. Dana Bakal Digunakan Untuk Apa

Sumber: Prospektus 

Minox menyasarkan untuk kumpul RM22.5 juta daripada IPO ini. 

Menurutnya sebahagian besar atau 57.9 peratus daripada hasil itu akan digunakan untuk pertumbuhan perniagaan termasuk pembangunan dan penggunaan produk (RM4 juta), pembinaan gudang (RM4 juta), pembinaan gudang baharu di Singapura (RM5.01 juta).

Selebihnya adalah untuk pembayaran balik pinjaman bank (RM4.50 juta), modal kerja (RM1.59 juta) dan kos penyenaraian (RM3.4 juta).

6. Pendapatan Syarikat

Sebahagian besar pendapatan syarikat datangnya daripada perniagaan di Malaysia dan diikuti oleh Indonesia dan kemudian negara-negara lain.

Dalam sesebuah perniagaan, hasil pendapatan dan margin keuntungan selepas cukai yang tinggi amatlah penting. Keuntungan bersih selepas cukai Minox semakin meningkat dari tahun 2020 sehingga 2022. Pada tahun 2022, margin keuntungan bersih selepas cukai Minox direkodkan pada 10.6%.

7. Market Share

Berdasarkan laporan yang disediakan oleh Bursa Digital Research, pada tahun 2022 pendapatan Minox di Malaysia merangkumi 7.6% market share dalam industri ini di Malaysia.

Di peringkat serantau pula, pendapatan Minox diterjemahkan kepada 1.7% market share dalam injap dan kelengkapan kebersihan di Asia Pasifik.

8. Polisi Dividen

Sumber: Prospektus 

Berdasarkan prospektus, pihak syarikat belum memutuskan sebarang polisi dividen. Sebarang keputusan pemberian dividen di masa hadapan akan bergantung kepada banyak faktor. 

Walaubagaimanapun, sebarang dividen yang bakal diagihkan bergantung kepada persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan.

9. Strategi Pertumbuhan dan Perancangan Masa Hadapan

Sumber: Bursa Digital Research

Syarikat telah menggariskan strategi tiga pertumbuhan serampang tiga mata yang jelas.

Yang pertama, Minox berhasrat mengukuhkan kedudukan dalam industri semikonduktor yang dilihat berpotensi besar, dengan bersedia memperkenalkan kelengkapan vakum dan injap baharu untuk digunakan dalam barisan pengeluaran semikonduktor seperti komponen elektronik, sel solar, media storan dan kilang pembuatan LED.

Kedua, Minox bercadang membina gudang keempat di Puchong, Selangor yang akan menyediakan kawasan penstoran tambahan kira-kira 18,690 kaki persegi bagi menyokong jumlah perniagaan yang semakin berkembang.

Ketiga, bagi mempermudah pertumbuhan dan pengembangan perniagaan di Singapura, sebuah gudang baharu telah dibina di republik itu dengan jangkaan kawasan penstoran berkeluasan 7,500 kaki persegi.

10. Risiko

Sebelum melabur ke dalam IPO syarikat ini, anda perlu mengambil kira terhadap risiko yang berpotensi dihadapi. Berikut merupakan risiko-risiko tersebut.

  • Minox bergantung tinggi dengan pengeluar dan pembekal bagi produk mereka 
  • Tidak mempunyai perjanjian jangka masa panjang dengan pembekal
  • Menghadapi risiko pelanggaran hak harta intelek oleh mana-mana pihak sekiranya menggunakan jenama syarikat
  • Pengeluar dan pembekal berkemungkinan tidak dapat memenuhi prosedur kawalan kualiti dengan efektif 
  • Terdedah dengan naik turun kadar pertukaran mata wang asing

Baca juga: Minox Sasar Kumpul RM22.5 Juta Daripada IPO Pasaran Ace

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: IPOMinox
Share505ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In