• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Tidak Berubah, Sentimen Serantau Kekal Berhati-Hati

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 26 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan pagi ini rendah sedikit, sejajar dengan sentimen lemah bursa serantau yang lain apabila pelabur mengambil sikap berhati-hati menjelang pengumuman data-data ekonomi utama di Amerika Syarikat dan China akhir minggu ini.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI)  merosot 0.27 mata kepada 1,443.18 daripada penutupan Isnin pada 1,443.45. Indeks utama dibuka pada paras 1,442.79, turun 0.66 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 184 berbalas 172, manakala 327 kaunter tidak berubah, 1,705 tidak diniagakan dan 12 digantung.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Jumlah dagangan 477.29 juta unit bernilai RM155.61 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, Wall Street mengakhiri kerugian selama empat hari berturut-turut semalaman walaupun terdapat kebimbangan terhadap persekitaran kadar faedah yang lebih tinggi untuk tempoh yang lama selain jangkaan berlakunya potensi penutupan kerajaan AS.

Walaupun prestasi Wall Street yang positif, ia percaya peniaga akan kekal berhati-hati menjelang pengeluaran data keluaran dalam negara kasar (KDNK) AS pada 28 Sept, ucapan pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell (29 Sept), data perbelanjaan penggunaan peribadi teras AS (29 Sept), serta data pembuatan indeks pengurus pembelian (PMI) China.

“Bagaimanapun, risiko penurunan sepatutnya terhad di pasaran tempatan kita dengan tumpuan pada Belanjawan 2024 akan datang,” kata firma pembrokeran itu dalam nota hari ini.

Mengenai fokus sektor, ia menjangkakan peniaga memberi fokus pada sektor yang lebih defensif seperti utiliti, manakala saham dengan dividen yang lebih tinggi mungkin diutamakan memandangkan sentimen berubah lebih berhati-hati menjelang pengeluaran data ekonomi.

“Kami meramalkan aktiviti perdagangan akan meningkat dalam sektor pembinaan dan bahan binaan menjelang Belanjawan 2024 dengan jangkaan projek infrastruktur mega akan diumumkan,” tambahnya.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM8.87, Public Bank menokok satu sen menjadi RM4.19 dan CIMB menambah dua sen kepada RM5.56.

Tenaga Nasional pula susut enam sen kepada RM10.08 dan Petronas Chemicals lemah empat sen kepada RM7.28.

Bagi saham aktif, Parkson meningkat 1.5 sen kepada 34 sen, Tanco naik setengah sen pada 55 sen manakala Metronic dan Borneo Oil tidak berubah pada 1.5 sen setiap satu.

Sementara itu, Evergreen Max Cash mula diniagakan di Pasaran ACE pada harga 32 sen, premium sebanyak 33 peratus berbanding harga tawaran awam permulaan (IPO) pada 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.92 mata kepada 10,701.95, Indeks FBMT 100 lemah 2.81 mata menjadi 10,362.66 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 15.26 mata kepada 10,948.03.

Indeks FBM 70 kerugian 7.89 mata untuk mencatatkan paras 14,276.31 dan Indeks FBM ACE merosot 4.46 mata kepada 5,183.42.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.22 mata kepada 173.96, Indeks Tenaga menambah 0.09 mata kepada 896.24.

Indeks Perladangan pula lemah 1.61 mata kepada 6,903.59 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat  20.18 mata kepada 16,202.84.

— BERNAMA

Tags: Belanjawan 2024Bursa MalaysiaMalacca SecuritiesWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In