• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seiring Penurunan Di Wall Street

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah hari ini seiring dengan prestasi lemah di Wall Street ketika para peniaga menilai ulasan lebih banyak kenaikan kadar menjelang suku akhir 2023 oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.11 mata kepada 1,445.10 daripada paras penutup 1,448.21.

Indeks utama itu dibuka rendah turun 2.33 mata kepada 1,445.88.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Suasana pasaran negatif, dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 200 berbanding 83, manakala 238 kaunter tidak berubah, 1,870 tidak diniagakan dan 49 digantung.

Jumlah dagangan berjumlah 142.17 juta unit bernilai RM58.36 juta.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Dow Jones Industrial (DJI) Average jatuh 370 mata apabila Wall Street terus mencatatkan penurunan manakala Nasdaq susut sebanyak 245 mata. 

Sementara itu, hasil AS 10 tahun melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 15 tahun pada 4.49 peratus. 

“Di pasaran tempatan, selepas mencatatkan pembukaan dagangan yang kukuh pada Rabu, FBM KLCI ditutup rendah di bawah paras 1,450 apabila sentimen bertukar menjadi berhati-hati sejajar dengan penjualan besar-besaran ekuiti di pasaran serantau.  

“Walapun bursa tempatan mungkin memasuki fasa penstabilan, kami kekal optimis aktiviti membeli saham berharga rendah akan muncul kerana dana asing terus memasuki ke rantau ini,” katanya kepada Bernama. 

Oleh itu, Thong mengunjur indeks tersebut berada dalam jajaran 1,445 hingga 1,455 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank turun tiga sen kepada RM8.87, Public Bank susut dua two sen kepada RM4.19, Petronas Chemicals berkurangan lima sen kepada kepada RM7.26, TNB naik empat sen kepada RM10.10 dan CIMB tidak berubah pada RM5.59. 

Dalam kalangan kaunter cergas, KNM Group naik setengah sen kepada 12.5 sen, Eastern & Oriental meningkat 1.5 sen kepada 66.5 sen, Borneo Oil jatuh setengah sen kepada satu sen manakala kedua-dua Tanco Holdings dan Bumi Armada tidak berubah masing-masing pada 55.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 22.88 mata kepada 10,703.76, Indeks FBMT 100 susut  22.58 mata kepada 10,369.43, Indeks FBM Emas Shariah susut 26.40 mata kepada 10,946.07, Indeks FBM 70 menguncup 32.34 mata kepada 14,255.22 dan FBM ACE jatuh 5.14 mata kepada 5,209.00. 

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 28.80 mata kepada 16,199.17,  Indeks Perladangan turun 19.56 mata kepada 6,905.54, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.75 mata kepada 173.66 dan Indeks Tenaga jatuh 0.50 mata kepada 891.39.

— BERNAMA

Tags: bukaBursa MalaysiaFed ASThong Pak LengWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In