• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Menjelang Mesyuarat FOMC

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia mempamerkan aliran menurun pagi ini dengan pelabur dijangka menjauhi pasaran buat sementara menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 6.25 mata kepada 1,451.41 daripada 1,457.66 penutup Selasa.

Indeks utama dibuka 5.03 mata rendah pada paras 1,452.63.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 192 berbalas 183, manakala 300 kaunter tidak berubah, 1,699 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan 308.82 juta unit bernilai RM160.11 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd dalam satu nota penyelidikan, ia menjangka Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedahnya untuk baki 2023, memandangkan inflasi AS semakin menurun.

“Walaupun prestasi lemah Wall Street boleh merebak ke pasaran tempatan, sokongan belian diunjur muncul dalam sektor terpilih kerana pasaran mungkin menumpukan pada pelan tindakan yang diumumkan oleh kerajaan baru-baru ini untuk peluang dagangan,” katanya.

Firma pembrokeran itu berkata pelabur dijangka mengalihkan tumpuan kepada sektor yang berkaitan dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 seperti produk industri dan industri tenaga boleh diperbaharui.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB turun dua sen masing-masing mencatatkan RM8.89 dan RM10.12, Petronas Chemicals susut empat sen kepada RM7.26 manakala Public Bank dan CIMB masing-masing menambah satu sen kepada RM4.21 dan RM5.58.

Bagi saham aktif, Iskandar Waterfront City mengembang 6.5 sen kepada 75.5 sen, Ekovest peroleh 1.5 sen kepada 57 sen manakala Tanco dan Mercury Securities turun setengah sen kepada 55 sen dan 29.5 sen dan Kinergy Advancement tidak berubah pada 34.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 29.58 mata kepada 10,736.42, Indeks FBMT 100 susut 32.81 mata menjadi 10,403.95 dan Indeks FBM Emas Syariah lemah 12.27 mata kepada 10,987.66.

Indeks FBM ACE susut 14.06 mata kepada 5,191.87 manakala Indeks FBM 70 meningkat 7.18 mata kepada 14,255.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 83.57 mata kepada 16,236.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.17 mata kepada 173.52, Indeks Perladangan menguncup 6.39 mata menjadi 6,950.28 dan Indeks Tenaga turun 1.92 mata untuk mencatatkan paras 905.85.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFOMCMalacca SecuritiesNETRNIMP
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In