• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Sentimen Berhati-Hati Dorong Bursa Malaysia Rendah

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 13 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Rabu berikutan sentimen berhati-hati menjelang data inflasi Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 7.28 mata kepada 1,446.11 daripada 1,453.39 pada Selasa. 

Indeks dibuka rendah 6.36 mata kepada 1,447.03.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Dalam pasaran secara menyeluruh, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 179 berbanding 106 dengan 254 kaunter tidak berubah dan 1,795 tidak diniagakan. 

Jumlah dagangan sebanyak 159 juta unit bernilai RM81 juta.

Indeks Harga Pengguna AS pada Ogos dijangka tinggi, mewujudkan kebimbangan bahawa Rizab Persekutuan AS akan mengekalkan sentimen kadar faedah tinggi.

Bagaimanapun, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng menjangka sentimen pasaran masih kukuh walaupun terdapat turun naik di peringkat luaran, justeru, menjangka indeks akan berada dalam julat 1,450-1,460 hari ini.

Beliau percaya minat dijangka beralih kepada kaunter minyak dan gas hari ini berikutan kenaikan harga minyak mentah, berdasarkan minyak mentah Brent yang melonjak melepasi US$92 setong berikutan bekalan yang terhad.

“Menariknya, minat belian turut dilihat dalam kalangan saham perladangan walaupun harga minyak sawit mentah (MSM) merosot kepada di bawah RM3,700 satu tan berikutan simpanan stok yang tinggi,” katanya kepada Bernama.

Kaunter saham wajaran tinggi Bursa, Maybank merosot dua sen kepada RM9.14, CIMB tidak berubah pada RM5.70 dan Tenaga Nasional berkurangan satu sen kepada RM9.83.

Daripada saham aktif, Berjaya Land menambah lima sen kepada 32 sen dan Sarawak Consolidated naik satu sen kepada 47 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 37.23 mata kepada 10,662.87, Indeks FBMT 100 merosot 38.25 mata kepada 10,342.02, Indeks FBM Emas Shariah susut 10.49 mata kepada 10,850.48 dan Indeks FBM ACE jatuh 16.56 mata kepada 5,149.39.

Sementara itu, Indeks FBM 70 meningkat 5.83 mata kepada 14,067.98.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 107.44 mata kepada 16,329.48, Indeks Perladangan naik 1.10 mata kepada 6,885.38 serta Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan merosot 0.07 mata kepada 170.66.

— BERNAMA 

Tags: bukaBursa MalaysiaIHPThong Pak Leng
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

8 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

8 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

8 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

8 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In