• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit Pagi Ini, Sentimen Serantau Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini berikutan kegiatan  pengambilan untung sederhana dalam saham wajaran tinggi terpilih selain seiring dengan sentimen lemah di bursa serantau kerana pelabur mula berhati-hati terhadap prospek ekonomi yang lemah.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.57 mata kepada 1,459.50 daripada 1,460.07 pada penutupan Khamis.

Indeks utama dibuka pada paras 1,459.54, turun sedikit sebanyak 0.53 mata.

Pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 167 berbalas 164, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,690 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan 264.49 juta unit bernilai RM123.43 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, ia menjangkakan kemerosotan semalaman di Wall Street kemungkinan turut melimpah ke bursa tempatan hari ini.

“Memandangkan dua pilihan raya kecil di Johor akan diadakan hujung minggu ini, peniaga juga boleh mengambil sikap berhati-hati dan meneruskan aktiviti pengambilan untung dalam sektor pembinaan sekurang-kurangnya untuk tempoh terdekat, sambil mengalihkan tumpuan mereka kepada saham defensif atau yang ada nilai, ” katanya dalam nota.

Firma pembrokeran itu turut menyatakan minyak mentah Brent didagangkan sedikit di bawah paras US$90 setong manakala harga minyak sawit mentah terus stabil di bawah paras RM3,800 satu tan.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM9.19, Public Bank tidak berubah pada RM4.25 manakala CIMB susut 1.0 sen kepada RM5.73.

Petronas Chemicals turun 3.0 sen kepada RM7.14 dan Tenaga Nasional lemah 2.0 sen kepada RM9.85.

Bagi saham aktif, Classita susut setengah sen menjadi 7.5 sen, Tanco Holdings tidak berubah pada 56 sen manakala Kanger International meraih setengah sen kepada 6.0 sen.

YTL Power menokok 10 sen kepada RM2.20.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 2.71 mata kepada 10,772.09, Indeks FBMT 100 berkurangan 3.33 mata kepada 10,444.57 dan Indeks FBM Emas Syariah kerugian 14.0 mata kepada 10,936.04.

Indeks FBM 70 menguncup 1.29 mata kepada 14,236.40 dan Indeks FBM ACE turun 8.91 mata kepada 5,179.66.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga memperoleh 0.24 mata kepada 864.73, Indeks Perladangan menokok 3.12 mata kepada 6,902.07 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 9.17 mata kepada 16,481.37.

Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian pula turun 0.62 mata kepada 172.50.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In