• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 2, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Sektor Hartanah Kekal Lembap, Ketidaktentuan Pasaran Beri Impak Kepada Pembeli

in Saham
A A
Transaksi Hartanah Susut Pada Separuh Pertama 2020
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Prospek sektor hartanah Malaysia dijangka kekal lembap berikutan kadar faedah tinggi dan ketidaktentuan pasaran yang telah memberi impak kepada pembeli.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kumpulan Paramount Corporation Bhd Jeffrey Chew Sun Teong berkata pemaju tidak memadankan projek kediaman mampu milik dengan harga yang sesuai.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Beliau berkata kenaikan kos buruh dan harga bahan mentah turut menjadi punca kepada kebimbangan dalam kalangan pemaju hartanah apabila merancang pembangunan masa depan.

“Terdapat isu bekalan sementara dan projek yang akan datang di Lembah Klang telah menurun. Kami tidak menjangka pemulihan pasaran yang ketara dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Kami berhati-hati mengenai prospek,” katanya pada taklimat prestasi syarikat bagi separuh pertama tahun kewangan 2023 hari ini.

Merujuk laporan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara, Chew berkata unit dalam pembinaan yang tidak terjual di Lembah Klang, Selangor, Pulau Pinang, Johor dan Kedah telah bertambah baik dari segi jumlah, tetapi pasaran ini masih memerlukan produk pada harga yang sesuai.

Bahagian hartanahnya telah menjual hartanah bernilai RM617 juta pada separuh pertama tahun kewangan 2023, naik 45 peratus daripada tempoh sama pada tahun lepas. 

Beliau berkata projek dalam perancangan kumpulan termasuklah The Ashwood, hartanah kediaman bertingkat di Kuala Lumpur dengan 312 unit kondominium dan dupleks serta 12 villa bertingkat rendah.

Projek lain termasuklah Greenwoods Amaria, Salak Perdana di Sepang dan kediaman bertanah di Bukit Banyan, Kedah.

— BERNAMA

Tags: industri hartanahParamount Corporation
Share292ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In