• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Sentimen Serantau Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Sept  (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit hari ini berikutan kemunculan kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih, di tengah-tengah sentimen bercampur-campur di bursa serantau.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.93 mata kepada 1,459.69 daripada 1,460.62 pada penutup Rabu.

Indeks utama dibuka pada paras 1,459.98, turun sedikit sebanyak 0.64 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran secara meluas menyaksikan kaunter rugi mendahului kaunter untung 202 berbalas 148, manakala 305 kaunter tidak berubah, 1,656 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan 393.26 juta unit bernilai RM131.31 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, dengan pergerakan negatif di Wall Street yang disebabkan oleh kebimbangan mengenai potensi kenaikan kadar faedah tahun ini serta kelembapan dalam aktiviti pembuatan di Jerman, aktiviti pengambilan untung dijangka merebak dan ini boleh  mengehadkan potensi kenaikan harga di pasaran tempatan.

Sementara itu, dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Tenaga Nasional masing-masing tidak berubah pada paras RM9.18 dan RM9.96, Public Bank meningkat 1.0 sen kepada RM4.26, CIMB lebih tinggi 2.0 sen menjadi RM5.74 dan Petronas Chemicals susut 2.0 sen kepada RM7.10.

Bagi saham aktif, Classita, KNM Group, Saudee Group dan AHB Holdings, setiap satu kekal pada harga 8.5 sen, 12.0 sen, 3.0 sen dan 15.0 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas merosot 3.41 mata kepada 10,791.27, Indeks FBMT 100 susut 6.14 mata menjadi 10,456.94 dan Indeks FBM Emas Syariah menguncup 13.71 mata kepada 10,952.89,

Indeks FBM 70 pula berkurangan 6.30 mata kepada 14,299.63 manakala Indeks FBM ACE turun 4.80 mata kepada 5,225.12.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga susut 0.22 mata menjadi 864.81, Indeks Perladangan turun 1.03 mata kepada 6,857.93, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian lebih rendah 0.77 mata kepada 172.69 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menambah 28.99 mata kepada 16,521.52.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In