• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

PCG Kembang Inisiatif Pengurusan Sisa Plastik Be Green Ke Indonesia

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) – Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) mengembangkan Be Green, program impak sosial utamanya ke peringkat antarabangsa untuk julung kalinya, bermula di Indonesia dengan tujuan memberikan nilai tambahan kepada negara-negara di mana program ini berlangsung.

Pengembangan ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran bagi penggunaan dan pengendalian plastik yang betul menerusi pendidikan di kalangan komuniti tempatan berkenaan kepentingan pengurusan sisa yang bertanggungjawab serta amalan 3R (Reduce, Reuse, Recycle) yang selaras dengan agenda Ekonomi Plastik Baharu (NPE) PCG dan strategi impak sosial, di samping menyumbang kepada peralihan global ke arah ekonomi sirkular.

“Pengurusan sisa plastik adalah cabaran sedunia yang memerlukan komitmen daripada masyarakat, bermula dengan peringkat pendidikan. Melalui Be Green, kami merancang untuk berkongsi ilmu berkenaan plastik serta pengurusan sisa yang bertanggungjawab dengan masyarakat, selaras dengan agenda NPE di bawah PCG,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif PCG Mohd Yusri Mohamed Yusof dalam satu kenyataan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Sebagai sebahagian daripada inisiatif Be Green di Indonesia, PCG telah menjayakan sebuah sesi perkongsian maklumat yang interaktif di Universiti Indonesia.

Sesi tersebut memberi tumpuan terhadap peralihan PCG ke arah ekonomi sirkular, program Be Green, serta modul pendidikan Plastik, Kelestarian dan Anda. 

Melalui anak syarikat, PT PCM Kimia Indonesia, PCG telah menyumbangkan 20 tong kitar semula kepada pihak universiti tersebut untuk ditempatkan di sekeliling kampus, bagi memudahkan pelajar untuk mempraktikkan amalan 3R.

Ditubuhkan pada 2013, Be Green bertujuan memberikan kesan positif terhadap masyarakat melalui pendidikan dan kolaborasi aktiviti kitar semula.

PCG menggalakkan pengurusan sisa secara bertanggungjawab serta amalan 3R dengan melibatkan penyertaan daripada sekolah dan komuniti tempatan di sekitar kawasan operasi PCG.

Program ini juga bertujuan untuk menyokong usaha-usaha aktiviti impak sosial terhadap alam sekitar (Planting Tomorrow) di bawah PETRONAS, menerusi penglibatan bersama masyarakat tempatan di samping mengurangkan impak terhadap alam sekitar.

— BERNAMA

Tags: Be GreenPetronas
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In