• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Meningkat Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meningkat semula dan dibuka tinggi sedikit pagi ini selepas mencatatkan kerugian semalam apabila penilaian ekuiti tempatan yang murah menarik beberapa pelabur kembali ke pasaran walaupun sentimen agak berhati-hati di bursa serantau, kata peniaga.

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 0.73 mata kepada 1,455.56 daripada 1,454.83 pada penutup Selasa.

Indeks utama dibuka pada paras 1,455.01, menambah 0.18 mata.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang luas turut positif, menyaksikan kaunter untung mendahului kaunter rugi 201 berbalas 159, manakala 303 kaunter tidak berubah, 1,648 tidak diniagakan dan tujuh yang lain digantung.

Jumlah dagangan 601.89 juta unit bernilai RM157.04 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, aktiviti pengambilan untung berterusan di kedua-dua pasaran saham tempatan dan global pada hari dagangan Selasa selepas kenaikan ketara sejak beberapa minggu lalu.

“Kami percaya peniaga masih kekal berhati-hati apabila Perbendaharaan 10 tahun melonjak berikutan peningkatan harga minyak (disebabkan pemotongan bekalan dari Arab Saudi dan Rusia).

“Dengan hasil Perbendaharaan dan harga minyak yang meningkat, pasaran boleh menjangkakan Rizab Persekutuan AS kekal cenderung terhadap kadar faedah dalam tempoh terdekat dan ini boleh menimbulkan risiko penurunan terhadap pasaran saham,” katanya dalam nota hari ini .

Selain itu, ia berkata peniaga dijangka memantau perkembangan dua pilihan raya kecil Johor yang akan diadakan hujung minggu ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.14, CIMB meningkat 3.0 sen menjadi RM5.68, Tenaga Nasional lebih tinggi 5.0 sen kepada RM9.96 manakala Public Bank tidak berubah pada RM4.25 dan Petronas Chemicals turun 6.0 sen kepada RM7.08.

Bagi saham aktif, KNM Group peroleh 3.0 sen kepada 13 sen, Classita meraih setengah sen menjadi 9.0 sen manakala Alam Maritim, Saudee Group dan Tanco masing-masing tidak berubah pada 3.5 sen, 3.0 sen dan 56 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas meningkat 15.16 mata kepada 10,754.0, Indeks FBMT 100 mengembang 14.20 mata kepada 10,422.51 dan Indeks FBM Emas Syariah peroleh 11.80 mata kepada 10,922.73.

Indeks FBM 70 mengukuh 57.50 mata kepada 14,232.25 manakala Indeks ACE FBM memperoleh 8.96 mata kepada 5,217.84.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga mengembang 18.53 mata kepada 871.78, Indeks Perladangan meningkat 2.78 mata menjadi  6,893.26, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 19.12 mata kepada 16,452.48 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.38 mata kepada 172.45

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIWall Street
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In