• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Terus Catat Peningkatan Untuk Dibuka Tinggi

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan kenaikan semalam untuk dibuka tinggi hari ini mengambil petunjuk daripada prestasi Wall Street semalaman yang lebih baik, kata peniaga. 

Pada 9.17 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 3.76 mata kepada 1,458.20 daripada 1,454.44 semalam.

Indeks utama dibuka tinggi 1.79 mata kepada 1,456.23. 

Suasana pasaran positif dengan kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 252 berbanding 209 manakala 285 kaunter tidak berubah, 1,632 tidak diniagakan dan 70 yang lain digantung.

Jumlah dagangan sebanyak 539.08 juta unit bernilai RM260.76 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata FBM KLCI dijangka mencatatkan aktiviti dagangan yang kukuh dengan pemangkin positif daripada senario domestik serta nilai dagangan dan jumlah keseluruhan yang tinggi. 

“Selan itu, dengan prestasi positif Wall Street semalaman, kami berpendapat minat belian akan meluas ke saham di peringkat tempatan, terutamanya dalam sektor teknologi,” katanya. 

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama bahawa Wall Street semalaman ditutup tinggi secara menyeluruh berikutan sentimen didorong oleh penurunan terkini dalam sentimen pengguna dan pembukaan pekerjaan pada Julai yang menggambarkan bahawa ekonomi Amerika Syarikat mungkin lembap.

“Semalam, FBM KLCI melonjak melepasi paras 1,450 didorong oleh sokongan belian yang kukuh daripada dana asing secara menyeluruh.

“Walaupun kami percaya perkara yang sama boleh dijangkakan pada hari ini, kami menjangka belian rendah berikutan bursa tempatan akan ditutup esok sempena sambutan Hari Kemerdekaan.

“Oleh itu, kami menjangka indeks akan berada pada julat 1,450-1,460 dengan minat tertumpu kepada syarikat telekomunikasi berdasarkan pegangan ekuiti dalam Digital Nasional Bhd (DNB) akan dimuktamadkan hari ini,” katanya. 

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah empat sen kepada RM9.13, Public Bank dan CIMB, masing-masing naik lima sen kepada RM4.19 dan RM5.68, Petronas Chemicals merosot dua sen kepada RM7.17 manakala Tenaga Nasional tidak berubah pada RM9.92.  

Daripada saham aktif, Capital A naik 6.5 sen kepada RM1.02, Pesona Metro meningkat setengah sen kepada 19.5 sen, Ekovest berkurangan tiga sen kepada 47 sen, Velesto Energy merosot satu sen kepada 23.5 sen manakala Iskandar Waterfront City tidak berubah pada 76 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 25.26 mata kepada 10,773.07, Indeks FBMT 100 menambah 26.14 mata kepada 10,448.67, Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 1.49 mata kepada 10,952.47 dan Indeks FBM 70 meningkat 32.43 mata kepada 14,298.54 manakala Indeks FBM ACE susut 16.48 mata kepada 5,239.99. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga menambah 3.35 mata kepada 835.66, Indeks Produk Perindustrian dan Perkhidmatan berkurangan 0.23 mata kepada 172.55, Indeks Perladangan susut 9.81 mata kepada 6,931.69 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 104.50 mata kepada 16,433.23.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, FBM KLCI, Wall Street, Rakuten Trade, Malacca Securities

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesRakuten TradeWall Street
Share214ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In