• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 15, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Sektor Ladang Rendah, FGV Holdings Catat Kerugian Bersih Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Saham FGV Jadi Tumpuan Ekoran Cadangan Pengambilalihan Oleh Felda

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — FGV Holdings Bhd merekodkan kerugian bersih sebanyak RM12.90 juta dalam suku kedua bagi tahun kewangan berakhir pada 30 Jun, 2023, berbanding keuntungan bersih RM374.02 juta dalam tempoh sama 2022, terutamanya akibat keuntungan rendah yang diraih oleh sektor perladangannya.

Sebahagian daripada penyusutan  itu bagaimanapun diimbangi oleh peningkatan sektor logistik dan lain serta kerugian dialami sektor gula dalam suku semasa, kata kumpulan perniagaan tani dan makanan berkenaan dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Perolehan hasil bagi suku di bawah kajian turut berkurangan kepada RM4.50 bilion daripada RM7.43 bilion tahun ke tahun, didorong oleh harga purata minyak sawit mentah (MSM) yang direalisasikan dalam suku semasa.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kerugian sesaham kumpulan bagi suku berkenaan adalah pada 0.35 sen berbanding 10.25 sen bagi tahun ke tahun.

Tempoh separuh pertama itu menyaksikan FGV Holdings mencatat kerugian bersih sebanyak RM805,000 berbanding keuntungan bersih RM743.26 juta.

Hasil juga susut kepada RM9.09 bilion daripada RM13.28 bilion sebelumnya, di tengah-tengah ketidaktentuan iklim yang terus menjadi antara faktor utama yang mempengaruhi harga MSM.

 Bagi kemajuan masa depan, FGV Holdings mengunjurkan harga MSM lebih kukuh pada masa terdekat dalam julat RM3,800-RM4,000 satu tan metrik, dipengaruhi terutamanya oleh tindakan Indonesia melaras semula kuota eksportnya.

Menurutnya, biarpun aspek kekurangan tenaga kerja hanya mencatat peningkatan kecil, kumpulan itu sebaliknya bertindak meningkatkan kemahiran penuai baharu untuk menambah baik produktiviti selain kekal berhati-hati terhadap potensi impak El Nino dalam kemuncak musim akan datang, katanya.

“Walaupun terdapat cabaran luar jangka dalam separuh kedua 2023, tumpuan utama kami adalah untuk meningkatkan kecekapan menerusi pengurusan operasi lebih cekap bagi memanfaatkan kekuatan sedia ada,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Nazrul Mansor dalam kenyataan berasingan.

Beliau berkata, kumpulan itu juga melaksanakan inisiatif strategik bagi mengurangkan cabaran selain meningkatkan produktiviti.

Biarpun berdepan cabaran itu, FGV Holdings kekal optimis dan menjangkakan keadaan akan terus pulih bagi tempoh berbaki tahun ini.

 — BERNAMA

Tags: El NinoFGV HoldingsMSMsuku kedua
Share235ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In