• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 18, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IHH Healthcare Tingkatkan Kepentingan Majoriti Dalam Gleneagles Global Hospitals India

in Catalyst
A A
IHH Cadang Ambil Alih Syarikat Usaha Sama Ramsay-Sime Darby
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — IHH Healthcare Bhd menerusi anak syarikat milik penuhnya Gleneagles Development Private Ltd telah menandatangani perjanjian untuk membeli baki seluruh kepentingan yang dipegang Dr Ravindranath Kancherla dan sekutunya dalam Ravindranath GE Medical Associates Private Ltd (RGE) dengan jumlah pertimbangan belian kira-kira RM415 juta.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan itu berkata berikutan urus niaga itu, IHH berusaha mengukuhkan operasi kumpulan RGE dan meluaskan kedudukan pasaran utamanya sebagai antara komitmen IHH terhadap sektor penjagaan kesihatan India.

“Kumpulan RGE telah menjadi aset utama IHH sejak pelaburan awalnya pada 2015 dan telah berkembang sebagai rangkaian penjagaan kesihatan terkemuka di India dengan reputasi kukuh dalam menyediakan perkhidmatan pemindahan berbilang organ yang komprehensif,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Tanpa mengambil kira sebarang perkara luar jangka, urus niaga ini dijangka selesai menjelang suku keempat 2023.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Strategi dan Pembangunan Perniagaan Kumpulan IHH Healthcare,  Ashok Pandit berkata urus niaga itu menggambarkan komitmen berterusan dan tumpuan strategik dalam sektor penjagaan kesihatan di India.

“Kami berterima kasih kepada Dr Ravindranath Kancherla selaku pengasas RGE untuk perkongsian ini sejak lapan tahun lepas dan peluang untuk membangunkan usaha perintisnya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare India Anurag Yadav berkata pelaburan terbaru itu adalah pencapaian penting bagi strategi pengembangan dan matlamat jangka panjang IHH di India.

Dr Ravindranath ialah pengasas RGE yang mempunyai rangkaian Gleneagles Global Hospitals,rangkaian penjagaan kesihatan peringkat ketiga dan kuaterner utama di India, termasuk pengkhususan dalam perkhidmatan pemindahan berbilang organ yang komprehensif.

Gleneagles Global Hospitals mengendalikan enam hospital pelbagai kepakaran di seluruh Hyderabad, Chennai, Bangalore dan Mumbai dengan kapasiti kira-kira 1,500 katil dan kemudahan bertaraf dunia yang terkini.

— BERNAMA

Tags: beliDr RavindranathGleneaglesIHHIndiaRGE
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In