• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Kedua MISC Melonjak Kepada RM452.90 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Ketiga MISC Melonjak Kepada RM820.6 Juta

MISC Untung

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — MISC Bhd mencatat keuntungan bersih lebih tinggi bagi suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, melonjak kepada RM452.90 juta berbanding kerugian bersih RM19.10 juta bagi tempoh sama tahun lepas.

Perolehan hasil bagi tempoh di bawah kajian itu turut meningkat 10.5 peratus kepada RM3.55 bilion daripada RM3.21 bilion sebelum ini, disokong oleh prestasi positif dalam segmen aset dan penyelesaian gas; petroleum dan produk perkapalan serta marin dan kejuruteraan berat, kata syarikat penyedia perkhidmatan dan penyelesaian maritim berkaitan tenaga dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Keuntungan pengoperasian kumpulan juga menokok 15.3 peratus atau RM70.4 juta kepada RM531.3 juta berbanding RM460.9 juta sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

MISC berkata perolehan hasil segmen aset dan penyelesaian gas naik 1.2 peratus kepada RM771.8 juta bagi suku kedua berbanding RM762.5 juta sebelum ini, didorong terutamanya oleh kesan pertukaran ringgit yang susut nilai berbanding dolar Amerika Syarikat dalam suku semasa.

Selain itu, perolehan hasil segmen petroleum dan produk perkapalannya dalam suku semasa menokok 7.6 peratus atau RM1.22 bilion daripada RM1.13 bilion sebelumnya, disumbangkan oleh kadar tambang muatan yang lebih tinggi.

Segmen marin dan kejutureaan berat pula mencatat perolehan hasil melebihi 100 peratus pada RM1.06 bilion dalam suku kedua 2023 daripada RM400.6 juta sebelum ini yang dipacu terutamanya oleh peningkatan hasil daripada projek-projek kejuruteraan berat ketika ini.

Bagaimanapun, segmen perniagaan luar pesisirnya susut sebanyak 47.6 peratus kepada RM466.7 juta bagi suku berkenaan daripada RM890.4 juta sebelum ini berikutan pengiktirafan hasil lebih rendah daripada penukaran unit pengeluaran, penyimpanan dan pemunggahan terapung (FSPO) susulan kemajuan projek dalam suku semasa.

MISC juga menyifatkan prospek lebih positif dalam tempoh terdekat ini berikutan peningkatan permintaan gas asli cecair (LNG) berikutan harga lebih rendah, usaha penyimpanan bagi keperluan musim sejuk dan kekurangan inventori dalam musim panas akibat gelombang panas.

“Berdasarkan keadaan itu, segmen aset dan penyelesaian gas akan terus meninjau peluang pertumbuhan dengan pendapatan operasi terus kukuh, disokong oleh portfolio semasa membabitkan carter bagi jangka panjang,” katanya.

Bagi segmen marin dan kejuruteraan berat, MISC berkata faktor kenaikan harga minyak yang berterusan dijangkakan terus menyokong peningkatan perbelanjaan modal (capex) manakala kepentingan ketara alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang akan mewujudkan pelbagai peluang perniagaan dalam tenaga boleh baharu bagi subsegmen kejuruteraan berat.

“Bagaimanapun, pelaksanaan projek yang sedang dijalankan kekal mencabar berikutan lonjakan harga bahan mentah dan gangguan rantaian bekalan yang meningkatkan kos serta menjejaskan jadual terbabit,” katanya. 

Sementara itu, Lembaga Pengarah telah meluluskan dividen kedua yang dikecualikan daripada cukai sebanyak 10.0 sen sesaham bagi tahun kewangan 2023 yang berjumlah RM446.4 juta.

Cadangan dividen itu akan dibayar pada 21 Sept, 2023 kepada para pemegang saham yang berdaftar di akhir hari perniagaan pada 12 Sept, 2023.

— BERNAMA

Tags: asetgasmarinMISCprestasi kewangansuku kedua
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In