• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2023 Parkson Meningkat Kepada RM19.34 Juta

in Saham
A A
Parkson Yakin Pertumbuhan Industri Runcit Di China Susulan Pemulihan Covid-19

Kredit Gambar : The Straits Time

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Parkson Holdings Bhd pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2023, meningkat kepada RM19.34 juta berbanding kerugian bersih RM31.13 juta yang dicatatkan pada tempoh yang sama pada 2022. 

Hasil meningkat kepada RM832.17 juta daripada RM714.50 juta sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Pada Suku Kedua 2023, peningkatan perbelanjaan pengguna di Malaysia semasa perayaan Hari Raya Aidilfitri pada April 2023 dan sumbangan pendapatan sewa daripada hartanah pelaburan di China telah mengurangkan sebahagian daripada kesan sentimen lemah pengguna di bahagian peruncittan kumpulan,” katanya. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Sementara itu, bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun, 2023, operasi peruncitan kumpulan di Malaysia mencatatkan kenaikan hasil sebanyak sembilan peratus kepada RM400 juta, susulan pertambahan jumlah pengunjung ke gedung apabila sekatan pergerakan ditarik balik sepenuhnya. 

“Semasa suku tersebut, Parkson Malaysia menutup Parkson The Spring Kuching dan Parkson Nu Sentral berikutan tamatnya komitmen pajakan mereka,” kata Parkson sambil menambah setakat 30 Jun, 2023, kumpulan itu memiliki 36 gedung Parkson di Malaysia.

Kumpulan itu juga memiliki 43 gedung di 29 bandar di seluruh China dan sebuah gedung di Vietnam. 

Mengenai prospek masa depan, Parkson berkata operasi peruncitan kumpulan dijangka mengalami aliran trafik rendah berikutan ketiadaan festival utama, walaupun pertambahan kedatangan pengunjung ke gedung susulan penyambungan semula perjalanan rentas sempadan dan wilayah di China bagi suku ketiga berakhir 30 Sept, 2023. 

“Kumpulan akan terus menumpu meningkatkan produktiviti gedung dan melaksanakan strategi penambahbaikan kos serta mempelbagaikan sumber pendapatan bagi merebut peluang di samping meningkatkan pembangunan mampan jangka panjang perniagaan,” katanya. 

— BERNAMA

Tags: ChinaKeputusanParkson Holdings Bhdperuncitansuku kedua
Share242ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In