• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

E&O Kembali Untung Dengan Mencatat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM32.95 Juta

in Catalyst
A A
E&O Kembali Untung Dengan Mencatat Keuntungan Bersih Suku Pertama Sebanyak RM32.95 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Eastern and Oriental Bhd (E&O) kembali mencatat keuntungan pada suku pertama tahun kewangan berakhir 31 Mac, 2024 (S1 TK2024) dengan keuntungan bersihnya sebanyak RM32.95 juta berbanding kerugian bersih RM1.65 juta pada S1 TK2023 disebabkan hasil yang meningkat dan keuntungan pertukaran asing yang tidak direalisasikan.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, pemaju hartanah itu berkata hasilnya meningkat sebanyak 11.6 peratus kepada RM85.41 juta daripada RM76.55 juta setahun lalu, terutamanya disebabkan oleh jualan Arica di Andaman Island.

Hasil yang meningkat itu disumbangkan oleh segmen hartanah yang mencatatkan peningkatan sebanyak RM3.6 juta dan pertambahan sebanyak RM5.0 juta dalam segmen hospitaliti, katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pengarah Urusan E&O Kok Tuck Cheong berkata, kadar pembelian yang kukuh bagi dua hartanah yang baru dilancarkan di Andaman Island, iaitu The Meg dan Arica, mencerminkan rekod prestasi dan penjenamaannya sebagai pemaju gaya hidup.

“Begitu juga dengan hotel kami di Malaysia dan London yang mengalami kadar penghunian yang lebih baik, ditambah dengan permintaan yang lebih tinggi untuk perkhidmatan bankuet kami untuk acara-acara korporat dan persendirian,” katanya dalam taklimat keputusan suku pertama tahun kewangan 2024 di sini hari ini.

Beliau juga menjangkakan pasaran hartanah Malaysia akan bertambah baik, terutamanya untuk lokasi-lokasi strategik, ditambah pula dengan pemulihan yang stabil dalam sektor pelancongan yang didorong oleh peningkatan dalam tempahan hotel.

“Kami optimis dengan berhati-hati bahawa kami akan dapat melaksanakan rancangan dan strategi kami untuk membawa kumpulan ke tahap yang lebih tinggi dengan pelancaran penawaran produk baharu kami, yang sudah dalam perancangan dan pelancaran dijangka pada S4 TK2024,” katanya .

Sementara itu, Pengerusi Eksekutif Datuk Tee Eng Ho berkata jumlah nilai pembangunan kasar semasa bagi projek yang sedang dijalankannya berjumlah RM2.47 bilion merangkumi lima projek iaitu The Meg, Conlay, The Peak, Arica dan Avira Fasa D.

“Tiada dividen diumumkan untuk S1 TK2024 dan kami tidak menjangkakan sebarang pengumuman dividen pada tahun ini kerana kami memberi tumpuan kepada projek Andaman Island,” katanya sambil menambah, syarikat itu merancang untuk melancarkan gabungan unit pangsapuri perkhidmatan dan kediaman bertanah dalam Fasa 1 Andaman Island pada suku ketiga dan keempat tahun kewangan.

— BERNAMA

Tags: Eastern and Oriental BhdKeputusanpemaju hartanahS1 TK2024
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In