• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Rendah Pada Sesi Awal Susulan Kekurangan Pemangkin

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia memulakan dagangan awal Rabu dengan lebih tinggi namun susut kemudiannya susulan kekurangan pemangkin baharu yang dapat merangsang pasaran.

Pada 9.30 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.88 mata kepada 1,445.65 daripada 1,451.53 pada akhir dagangan semalam, selepas dibuka menokok 0.1 mata pada 1,451.63.

Di pasaran meluas, kaunter rugi mengatasi untung iaitu 251 berbanding 186 manakala 336 kaunter tidak berubah, 1,579 tidak diniagakan dan 12 lain digantung dagangannya.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Jumlah dagangan sebanyak 469.61 juta unit bernilai RM183.83 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata walaupun dagangan pasaran saham tempatan ditutup lebih tinggi semalam, kenaikan itu sebaliknya dijangkakan terhad pada hari ini berikutan sentimen pasaran bertukar negatif dengan hanya sekumpulan sektor meningkat.

“Kami juga percaya Wall Street berkemungkinan ke arah berhati-hati menjelang keputusan Nvidia. Selain itu, prestasi membabitkan hasil Perbendaharaan AS yang semakin meningkat serta ucapan Pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell pada acara Jackson Hole juga menjadi tumpuan bagi mendapatkan hala tuju seterusnya.

“Oleh itu, sentimen dagangan yang lebih rendah dijangkakan berlaku hari ini yang akan menjejaskan prestasi saham-saham berharga serta bermodal rendah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Firma pembrokeran itu menjangkakan segmen bahan binaan akan mengekalkan momentum kenaikan, didorong oleh keyakinan bagi sektor pembinaan dan hartanah berikutan potensi cadangan baharu membabitkan projek kereta api berkelajuan tinggi Kuala Lumpur-Singapura. 

Saham wajaran tinggi menyaksikan Genting Malaysia dan AMMB Holdings masing-masing meningkat satu sen kepada RM2.59 dan RM3.74.

Maybank dan CIMB tidak berubah pada RM9.01 dan RM5.58, Public Bank turun satu sen kepada RM4.12 manakala TNB susut empat sen kepada RM10.02. 

Bagi saham aktif, Perdana Petroleum dan Icon Offshore meningkat satu sen kepada 19.5 sen dan 9.5 sen manakala Ramssol menokok 3.5 sen kepada 44 sen.

KNM tidak berubah pada sembilan sen dan Bumi Armada susut setengah sen kepada 50 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas turun 33.17 mata kepada 10,664.81; Indeks FBMT 100 susut 34.95 mata kepada 10,348.91 dan Indeks FBM Emas Shariah berkurangan 51.05 mata kepada 10,882.12.

Selain itu, Indeks FBM 70 turun 17.52 mata kepada 14,120.46 manakala Indeks FBM ACE naik 4.09 mata kepada 5,289.65.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 2.15 mata kepada 813.42, Indeks Produk Perkhidmatan Perindustrian turun 1.42 mata kepada 168.69 dan Indeks Perladangan merosot 83.68 mata kepada 6,946.92.

Indeks Perkhidmatan Kewangan pula berkurangan 19.0 mata kepada 16,249.23.  

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessesi awal
Share204ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In