• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih AEON Merosot Kepada RM30.19 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Untung Bersih AEON Merosot Kepada RM30.19 Juta Pada Suku Kedua
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih AEON Co (M) Bhd merosot kepada RM30.19 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM47.28 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas berikutan aktiviti membeli-belah yang dilihat dalam tempoh tersebut suram.

Perolehannya turut merosot 5.7 peratus kepada RM1.03 bilion pada suku kedua berbanding RM1.10 bilion sebelum ini, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia. 

“Perniagaan runcit mencatatkan perolehan sebanyak RM864.0 juta, berkurangan 7.9 peratus berbanding RM938.3 juta pada suku tahun sama yang didorong oleh permintaan meningkat dalam peralihan kepada tempoh fasa endemik.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Bagaimanapun, perolehan daripada segmen perkhidmatan pengurusan hartanah, sebanyak RM169.0 juta, naik 7.5 peratus berbanding RM157.2 juta pada suku tahun sama berikutan kadar penghunian yang lebih baik,” katanya. 

Dalam kenyataan media secara berasingan, Pengarah Urusan Keiji Ono mengakui cabaran yang dihadapi pada separuh pertama tahun ini, menyatakan bahawa AEON telah mengalami “tempoh unik disebabkan permintaan meningkat, yang menyumbang kepada lonjakan pendapatan yang ketara” dalam tempoh yang sama sebelum ini.

“Momentum ini turut didorong oleh pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada April tahun lepas yang mendorong pelanggan untuk mempercepatkan keputusan pembelian mereka.

“Permintaan luar biasa yang kami alami dalam tempoh sebelumnya telah berkurangan, dan pendapatan kami kini sejajar dengan trend pasaran yang lebih tipikal,” katanya.

Selain itu, katanya ekonomi global kekal mencabar berikutan situasi antarabangsa yang tidak stabil yang menjejaskan rantaian bekalan dan penilaian mata wang.

“Walaupun perjalanan antarabangsa dan kadar pekerjaan yang bertambah baik telah memberikan sokongan kepada ekonomi tempatan, ancaman inflasi terhadap komoditi penting berpotensi mengekang perbelanjaan domestik.

“Walaupun kadar pertumbuhan kembali normal, kami berada pada kedudukan strategik untuk memanfaatkan kekuatan kami, menyesuaikan dengan dinamik pasaran yang berubah-ubah dan terus menyasarkan peluang pertumbuhan yang mampan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: AEON Co MalaysiaKeiji Ono
Share215ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In