• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Petronas Chemicals Turun Kepada RM628 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Keputusan Kewangan Suku Keempat Dorong Saham Petronas Chemicals Melonjak 2.67 Peratus Pagi Ini

Kredit Gambar: The Star

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Petronas Chemicals Group Bhd (Petronas Chemicals) turun kepada RM628 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM1.87 bilion pada suku yang sama tahun lepas.

Bagaimanapun, hasil meningkat lapan peratus atau atau RM530 juta pada RM7.11 bilion, sebahagian besarnya disebabkan oleh volum jualan yang lebih tinggi dan sumbangan hasil daripada anak syarikat yang baru diambil alih tetapi sebahagiannya diimbangi oleh harga produk lebih rendah, kata Petronas Chemicals dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Pendapatan sesaham asasnya pula menyusut kepada 8.00 sen daripada 23.00 sen sebelumnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Petronas Chemicals mengeluarkan, memasarkan dan menjual produk petrokimia.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Mohd Yusri Mohamed Yusof berkata Petronas Chemicals menghadapi cabaran luaran pada suku kedua 2023.

“Loji Petronas Chemicals di Labuan dan Sabah telah ditutup tanpa dirancang berikutan gangguan sementara bekalan bahan pengisian gas yang mengurangkan jumlah pengeluaran dan jualan kami. Ini menambahkan lagi tekanan pada pemampatan margin yang kami alami sejak Disember 2022 disebabkan oleh harga dan tebaran produk yang lebih rendah untuk kebanyakan produk,” katanya dalam satu kenyataan.

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen lapan sen sesaham berjumlah RM640 juta, ia perlu dibayar pada 21 September 2023.

Mohd Yusri berkata susulan penurunan harga minyak mentah dan pemulihan permintaan China yang tidak memberangsangkan, harga purata polimer merosot kira-kira tujuh peratus suku ke suku dengan olefin dan derivatif lain turut mengalami trend yang sama.

Harga ammonia dan urea yang mengalami pembetulan harga sejak separuh kedua 2022 terus merosot hingga tahun 2023 ekoran kebimbangan terhadap lebihan bekalan.

Mengulas mengenai prospek separuh kedua 2023, beliau berkata harga produk bertambah baik dengan trend menaik dalam harga minyak mentah dan aktiviti penyimpanan semula dalam beberapa minggu kebelakangan ini.

“Kami menjangka margin dijangka kekal di bawah tekanan. Petronas Chemicals masih perlu berdepan dengan kos operasi yang lebih tinggi, pertumbuhan ekonomi global yang perlahan dan peningkatan persaingan daripada kapasiti baharu yang akan datang terutamanya di China dan Amerika Syarikat.

“Beberapa loji kami dijadualkan menjalani pemulihan dan aktiviti penyelenggaraan. Oleh itu, kami menjangkakan penurunan sedikit dalam volum pengeluaran. Kami kekal fokus untuk mengekalkan kecemerlangan operasi dan komersil untuk meneruskan daya tahan kewangan kami,” katanya.

— BERNAMA

Tags: hasilkeuntungan bersihpetronas chemicals
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In