• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

FBM KLCI Rendah Pada Sesi Awal Dagangan

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) dibuka tinggi pagi ini sebelum bergerak rendah di tengah-tengah kekurangan sentimen positif untuk meningkatkan pasaran.

Pada  9.25 pagi, FBM KLCI susut 0.14 mata kepada 1,450.43 daripada 1,450.57 pada penutup Isnin.

Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,450.87, meningkat 0.3 mata.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 241 berbalas 204, manakala 328 kaunter tidak berubah, 1,580 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan  576.49 juta unit bernilai RM167.51 juta.

Menurut Hong Leong Investment Bank (HLIB),  ketidaktentuan pasaran mungkin berlaku menjelang ucapan yang dinanti-nantikan oleh pengerusi Rizab Persekutuan AS Jerome Powell di Simposium Jackson Hole, tekanan luar yang semakin meningkat di Amerika Syarikat dan China, serta musim pelaporan keputusan kewangan tempatan.

Sementara itu dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah satu sen kepada RM9, Petronas Chemicals meningkat enam sen menjadi RM6.96, IHH Healthcare dan CelcomDigi masing-masing peroleh empat sen untuk mencatatkan RM6 dan RM4.38 manakala CIMB tidak berubah pada RM5.60 dan Public Bank susut tiga sen kepada RM4.11. 

Bagi saham aktif, Talam meraih setengah sen kepada dua sen, CN Asia lebih tinggi 1.5 sen pada 20 sen, MY E.G. mengembang 2.5 sen kepada 81.5 sen, Ramssol peroleh tiga sen kepada 38.5 sen, Hong Seng kekal pada enam sen dan Tanco turun setengah sen kepada 54.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menambah 6.10 mata kepada 10,689.91, Indeks FBMT 100 mengukuh 6.08 mata menjadi 10,375.40 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 21.0 mata kepada 10,921.95.

Indeks FBM 70 mengembang 38.14 mata kepada 14,124.07 manakala Indeks FBM ACE susut 22.02 mata kepada 5,268.88.

Mengikut sektor, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.16 mata kepada 169.23, Indeks Tenaga menokok 0.87 mata kepada 815.40, Indeks Perladangan susut 1.59 mata kepada 7,018.43 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 30.42 mata kepada 16,237.04.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIHLIB
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In