• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, June 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MAHB Tamatkan Kontrak Pestech Bernilai RM742.95 Juta

in Catalyst
A A
Unit Pestech Akan Jual Projek Sistem Talian Transmisi Di Kemboja Dengan Harga US$118 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB), Malaysia Airports (Sepang) Sdn Bhd (MA Sepang) telah menamatkan kontrak Pestech Technology Sdn Bhd (Pestech) untuk membekal, mereka bentuk dan pemasangan penggerak penumpang automatik (APM) atau aerotrain di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

MAHB dalam satu kenyataan berkata penamatan itu disebabkan Pestech tidak menunjukkan prestasi kerja memuaskan, menjejaskan pencapaian penting projek dan berisiko kelewatan dalam menyiapkan projek pada tarikh akhir yang ditetapkan.

“Keputusan ini diambil oleh Lembaga Pengarah MAHB dengan mematuhi prinsip tadbir urus MAHB dan berdasarkan pemantauan rapi pembangunan progresif projek APM itu oleh pengurusan MAHB dan perunding bebasnya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pestech didapati melanggar tanggungjawabnya di bawah kontrak dan gagal untuk membetulkan perkara yang sama dalam tempoh masa yang ditetapkan,” katanya.

Mengimbas kembali, Pestech telah dilantik oleh MA Sepang sebagai kontraktor reka bentuk dan binaan untuk Program Penggantian Aerotrain KLIA bernilai RM742.95 juta pada 14 Disember 2021 melalui proses tender terbuka.

Pengarah Urusan MAHB Datuk Seri Iskandar Mizal Mahmood berkata projek berkenaan amat penting bagi memastikan keselesaan dan kemudahan penumpang yang melalui KLIA.

“Fokus kami adalah aerotrain disiapkan tepat pada masanya dan mematuhi kawalan kualiti yang ketat dan memenuhi piawaian keselamatan projek tanpa kompromi terhadap operasi dan proses tadbir urus kami,” katanya.

MAHB berkata berikutan notis penamatan tersebut yang didahului dengan notis ingkar kepada Pestech, MA Sepang akan dapat memulakan semula dan menyiapkan kerja-kerja melalui penglibatan pihak lain yang berkaitan dengan memastikan projek itu disiapkan mengikut jadual.

Syarikat itu berkata ia tetap komited untuk memperuntukkan sumber yang diperlukan untuk meminimumkan potensi kelewatan kepada projek APM.

Berkuat kuasa serta-merta, MA Sepang akan mempercepatkan perundingan dan perbincangan dengan semua pihak berkepentingan sedia ada yang terlibat dalam Projek APM itu untuk kesinambungan dan bagi mengurangkan sebarang kelewatan.

Ia termasuk bekerjasama rapat dengan semua pihak berkaitan yang terlibat dalam projek penggantian landasan dan sistem kereta api dan mengenal pasti kontraktor pihak ketiga yang berpengalaman dan boleh dipercayai untuk memastikan kemajuan konsisten dalam semua komponen projek.

— BERNAMA

Tags: AerotrainkliaMAHBPestech Technology
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In