• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Berhati-Hati Pengaruhi Dagangan Awal Bursa Malaysia

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Dagangan Bursa Malaysia dibuka rendah pada pagi urus niaga Selasa apabila sentimen pasaran yang berhati-hati terus mempengaruhi selera risiko pelabur menjelang  pilihan raya di enam negeri hujung minggu ini.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 3.12 mata kepada 1,442.69 daripada 1,445.81 pada penutup semalam.

Indeks utama dibuka 1.6 mata lebih rendah pada 1,444.21.

Di pasaran yang lebih luas, untung dan rugi hampir tidak jauh berbeza dengan 113 berbalas 118, manakala 243 kaunter tidak berubah, 1,816 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 173.89 juta unit bernilai RM58.11 juta.

Menurut Malacca Securities Sdn Bhd, bursa tempatan berakhir tidak banyak berubah semalam kerana pelabur tidak memasuki pasaran menjelang pilihan raya negeri hujung minggu ini.

Firma pembrokeran itu menjangkakan sentimen dagangan yang lengang akan berterusan dalam beberapa hari akan datang berikutan ketiadaan petunjuk baharu.

“Namun begitu, tumpuan utama akan diberikan pada pengeluaran data pengeluaran perindustrian Malaysia lewat hari ini,” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata keadaan pasaran kekal kukuh memandangkan pengumpulan berterusan saham mewah.

“Dengan pengumuman musim pendapatan korporat untuk suku kedua, kami berpendapat fokus mungkin beralih kepada bank, syarikat telekomunikasi dan utiliti kerana konsensus mengunjurkan sektor-sektor ini akan mencatatkan pertumbuhan pendapatan yang baik tahun ini.

“Justeru, kami menjangkakan indeks berada dalam aliran dalam julat 1,445 dan 1,455 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Public Bank dan Tenaga masing-masing menambah satu sen kepada RM4.14 dan RM9.57, CIMB susut dua sen untuk mencatatkan paras RM5.50, Petronas Chemicals kerugian empat sen kepada RM6.81 manakala Maybank tidak berubah pada RM8.92.

Bagi saham aktif, Classita turun setengah sen kepada 13 sen, VSolar menambah 2.5 sen menjadi 31 sen sementara Tanco, Alam Maritim dan Velesto tidak berubah, masing-masing pada 55.5 sen, 3.0 sen dan 24 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 19.66 mata kepada 10,598.35, Indeks FBMT 100 turun 19.29 mata menjadi 10,292.35, Indeks FBM Emas Syariah susut 17.39 mata kepada 10,843.94 dan Indeks FBM 70 lemah 13.32 mata kepada 13,893.89.

Indeks FBM ACE, bagaimanapun meningkat 2.49 mata kepada 5,255.88,

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan melonjak 47.02 mata kepada 16,125.23, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menyusut 0.42 mata menjadi 166.04, Indeks Perladangan susut 23.16 mata kepada 7,087.39 manakala Indeks Tenaga bertambah 1.78 mata kepada 831.32.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaekuitiRakuten TradeWall Street
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In