• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Inisiatif Pengurangan Saiz Lot Dagangan Bursa Malaysia Dilaksana Sebelum Hujung Tahun – Ahmad Maslan

in Saham
A A
Pelabur Asing Kekal Sebagai Pembeli Bersih Untuk Minggu Ketujuh Berturut – Turut

Sumber : The Sun Daily

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

JOHOR BAHRU, 5 Ogos (Bernama) — Kerajaan komited untuk melaksanakan inisiatif pengurangan saiz lot dagangan di Bursa Malaysia sebelum hujung tahun ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan berkata inisiatif itu bakal menjadikan kebolehcapaian atau akses yang lebih mudah kepada saham mewah dan berupaya kepada pelabur runcit di negara ini sekali gus meningkatkan prospek pasaran pada masa depan.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Ini satu perkara yang menarik, selepas ini pelabur runcit tidak perlu beli satu lot atau 100 unit tetapi mereka boleh beli (bermula) satu, dua unit atau RM50 dan tidak semestinya beribu-ribu ringgit.

“Ia boleh merancakkan dan akan lebih ramai lagi pelabur runcit di luar sana yang mampu untuk membeli…dan saya kira ia satu perkara yang akan memperhebatkan pasaran modal Malaysia,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Bursa Marketplace Fair 2023 anjuran Bursa Malaysia di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Bursa Malaysia Bhd Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Pada 27 Julai lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa kerajaan membenarkan pengurangan saiz lot dagangan di Bursa Malaysia dengan membolehkan dagangan saham secara pecahan oleh pelabur dalam usaha meningkatkan semula pasaran dagangan Malaysia.

Mengulas mengenai Bursa Marketplace Fair Ahmad berkata program itu merupakan antara usaha memperkasakan gagasan Ekonomi Madani dengan merakyatkan pasaran saham kepada masyarakat supaya ia tidak menjadi satu perniagaan eksklusif, tetapi lebih inklusif dengan ramai pihak boleh memasuki pasaran saham.

Sementara itu, Abdul Wahid berkata sebanyak 28 peratus daripada jumlah purata nilai dagangan harian pada akhir Julai tahun ini, datangnya daripada pelabur individu atau runcit.

“Dalam konteks pasaran saham kita mahu pastikan bahawa pasaran saham ini penglibatannya adalah seimbang termasuk daripada pelabur luar negara, domestik dan runcit. Sekarang ini kita lihat peningkatan pelabur runcit ke tahap 28 peratus daripada pasaran saham. Kita ada sekitar 1.4 juta pelabur yang aktif dan daripada itu seramai 191,000 adalah dari Johor.

“Daripada segi pembukaan akaun baharu pula pada tahun lepas seramai 13,800 akaun baharu (pelabur runcit) dibuka dan ia merangkumi 14 peratus daripada 99,600 akaun yang dibuka di seluruh negara…walaupun tahun ini tiada jumlah sasaran yang diletakkan, namun kita berharap ia akan terus meningkat,” katanya.

Bursa Marketplace Fair yang berlangsung dari 9 pagi hingga 7 malam itu menawarkan pelbagai pendedahan dan pengetahuan berkenaan celik kewangan dan pelaburan dengan pelbagai aktiviti diadakan termasuk program Bursa Beginnings untuk kanak-kanak seawal usia lapan tahun selain terdapat kira-kira 20 reruai pameran terdiri daripada rakan kongsi broker.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Abdul Wahid OmarAhmad MaslanBursa MalaysiaBursa Marketplace Fairpelabur runcit
Share233ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In