• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Sentimen Berhati-Hati Dorong Dagangan Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 8 Aug 7 (Bernama) — Sentimen pasaran yang berhati-hati berikutan prestasi lemah Wall Street pada Jumaat minggu lepas serta kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi China mendorong Bursa Malaysia bergerak rendah ketika memulakan dagangan pada pagi Isnin.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 1.81 mata kepada 1,443.4 daripada 1,445.21 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka pada paras 1,444.89, susut 0.32 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 149 berbalas 143, manakala 260 kaunter tidak berubah, 1,722 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 214.2 juta unit bernilai RM76.63 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata Wall Street merosot pada Jumaat lepas disebabkan kegiatan pengambilan untung berikutan laporan pendapatan korporat Amerika Syarikat (AS) yang kukuh serta data pekerjaan yang lebih perlahan untuk Julai.

Pada 1 Ogos, firma penarafan kredit Fitch menurunkan penarafan hutang AS sebanyak satu takuk daripada AAA kepada AA+.

Di dalam negara pula, Thong berkata FBM KLCI menunjukkan daya tahannya dan ditutup lebih tinggi pada Jumaat walaupun terdapat aktiviti pengambilan untung seharian.

“Untuk hari ini, kami mengunjurkan indeks berlegar dalam julat 1,440-1,455 kerana pengumpulan asas secara meluas dijangka berterusan,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, CIMB susut dua sen kepada RM5.48, Tenaga turun lima sen menjadi RM9.55, Petronas Chemicals merosot enam sen untuk mencatatkan harga RM6.79, IHH Healthcare lemah satu sen kepada RM6.00 manakala Maybank menambah satu sen kepada RM8.92.

Public Bank, CelcomDigi dan Hong Leong Bank pula kesemuanya tidak berubah pada RM4.12, RM4.42 dan RM19.58.

Bagi saham aktif, Classita dan Advance Synergy masing-masing menambah satu sen kepada 17 sen dan 17.5 sen, MST Golf kehilangan 3.5 sen kepada 56 sen manakala Sapura Energy dan Tanco, kedua-duanya kekal pada 4.5 sen dan 55.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas menguncup 10.38 mata kepada 10,606.99, Indeks FBMT 100 turun 10.85 mata menjadi 10,300.03 manakala Indeks FBM Emas Syariah merosot 11.45 mata kepada 10,860.1

Indeks FBM ACE susut 19.3 mata kepada 5,234.41 dan Indeks FBM 70 lemah 5.78 mata menjadi 13,915.38.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 5.64 mata kepada 16,136.37,  Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.82 mata untuk mencatatkan paras 165.68, manakala Indeks Tenaga menokok 3.82 mata kepada 830.18 dan Indeks Perladangan meningkat 7.86 mata kepada 7.088.57.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, ekuiti, Rakuten Trade, Wall Street, Fitch


Tags: Bursa MalaysiaekuitiFitchRakuten TradeWall Street
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In