• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Cabang Hartanah Sunway Beli Tanah Di Rawang Bernilai RM115 Juta

in Catalyst
A A
Untung Suku Kedua Sunway BHD Meningkat Susulan Prestasi Lebih Baik Segmen Perniagaan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 3 Ogos (Bernama) — Cabang hartanah Sunway Bhd iaitu Sunway Property, menerusi anak syarikat milik penuhnya Sunway Rawang City Sdn Bhd  (SRCSB) telah menandatangani perjanjian untuk mengambil alih tanah seluas 99.15 hektar di Kuang, Rawang daripada Kauthar Equities Sdn Bhd dengan harga RM115 juta.

Pengambilalihan dan cadangan pembangunan tanah itu akan dilaksanakan melalui usaha sama antara Sunway City Sdn Bhd (anak syarikat milik penuh Sunway Bhd) dan Amal Resources Sdn Bhd, yang telah memeterai perjanjian usaha sama untuk melanggan SRCSB sebagai syarikat usaha sama.

“Terletak bersebelahan dengan Lebuhraya Latar (atau Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor), tapak ini menawarkan sambungan yang sangat baik dan hanya 35 minit pemanduan dari Pusat Bandaraya Kuala Lumpur, serta dalam jarak sejam dari kedua-dua Lapangan Terbang Antarabangsa KL dan Pelabuhan Klang.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Lokasi itu menjadikannya tapak yang ideal bagi Taman Teknologi Industri yang dicadangkan untuk melengkapkan kawasan perindustrian yang sedang berkembang di wilayah Kuang dan Rawang seperti Kawasan Perindustrian Kuang dan Taman Perindustrian Rawang,” kata Sunway Property dalam satu kenyataan.

Taman Teknologi Perindustrian yang dicadangkan itu akan terdiri daripada kilang, gudang dan komponen komersil dengan nilai pembangunan kasar sekurang-kurangnya RM2 bilion.

Visi untuk Taman Teknologi Industri ini adalah untuk mewujudkan ekosistem bertenaga yang menggabungkan infrastruktur tercanggih, ketersambungan digital yang teguh dan ciri yang mampan.

Dengan jumlah simpanan tanah seluas 1,241.57 hektar dan potensi nilai pembangunan kasar RM49.7 bilion dalam tempoh lebih 15 tahun, Sunway Property bersedia untuk pertumbuhan yang mampan.

— BERNAMA

Tags: pembangunanRawangSunway PropertyTaman Teknologitanah
Share250ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In